Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS TESLA MODEL 3, SELEPAS DIPANDU SEJAUH 250,000KM

Salah seorang pemilik Tesla Model 3 Performance yang bernama Lawrence telah berkongsi pengalaman pemanduan dan pemilikan kereta elektrik dan telah dipandu sejauh 250,000km dalam masa 5 tahun. Lawrence telah berkongsi pengalaman beliau di saluran Youtube Tesla Joy

Tesla Model 3 Performance ini boleh memecut 0-100km/jam dalam masa 3.5 saat dan boleh dipandu sejauh 563km untuk satu pengecasan penuh. Pada tahun 2018, varian ini dijual pada harga RM 296,000 (dalam nilai RM).

Salah satu aspek yang disebut oleh Lawrence ialah isu degradasi bateri yang dialami oleh semua kereta elektrik. Dengan merujuk kepada aplikasi khas Tesla, Lawrence menjangkakan bateri Tesla ini telah merosot sebanyak 8-11 peratus dalam tempoh 5 tahun. Kapasiti asal bateri sebanyak 75.2kWh telah menjadi 66.2kWh iaitu kehilangan sebanyak 11.4%.

Lawrence juga tinggal di apartment dan bergantung sepenuhnya pada rangkaian Tesla Supercharger untuk mengecas Tesla Model 3. Malah Lawrence juga memandu dengan agresif pada kebanyakan masa. Apabila dibandingkan dengan pemilik Tesla lain yang menggunakan AC Charging, perbezaan nilai kemerosotan bateri adalah kecil.

Malah untuk pemanduan seharian, kehilangan 11.4% ini sebenarnya langsung tidak dirasai. Antara faktor yang menyebabkan bateri merosot termasuklah gaya pemanduan, keadaan jalan, cara pengecasan dan banyak lagi

Salah seorang pemilik Tesla Model 3 iaitu Ed Fressler mengatakan baterinya hanya merosot sebanyak 6% selepas dipandu sejauh 160,000km. Salah seorang pemilik Tesla Model 3 lain pula melaporkan baterinya merosot 11% selepas dipandu dalam jarak 160,000km

Selepas dipandu sejauh 233,000km, Lawrence telah menukar soket pengecaj (RM 2767), komponen suspensi (RM 1383), bateri 12 volt (RM 576), dan juga penapis udara kabin (RM 69) yang dibeli dari laman e-commerce Amazon.

Tayar asal Model 3 yang menggunakan Michelin 42 yang berharga RM 1844 seunit kepada jenama Triangle yang berharga RM 345 sahaja seunit. Selepas 5 tahun dan dipandu sejauh 250,000km Lawrence telah membelanjakan sekitar RM 9224 sahaja dan angka ini lebih rendah jika dibandingkan dengan kereta yang menggunakan enjin

Walaupun kereta elektrik terbukti lebih menjimatkan tenaga dan wang dalam aspek servis, namun ia tetap perlu diservis apabila tiba waktunya. Tesla juga telah mencadangkan beberapa siri servis ringkas di laman sesawang mereka bagi memastikan semua kenderaan Tesla beroperasi dengan baik

Google ads
Back to top button