
5 KESILAPAN BESAR DAN PENJIMATAN KOS PADA KAPAL SELAM TITAN, AKHIRNYA MELETUP
Dalam aktiviti pembinaan atau penghasilan kenderaan ataupun apa apa projek, pemilik projek pastri mahukan kos pembinaan dikawal dengan baik dan penjimatan wang dapat dimaksimumkan. Tapi sekiranya ia menyebabkan kemalangan maut, maka semua ini tidak berguna lagi
Kapal selam Titan merupakan antara kapal selam laut dalam khas untuk membawa pelancong telah meletup pada 18 Jun 2023 ketika menghampiri bangkai kapal Titanic yang tenggelam dulu. Kapal selam Titan dibina dan dioperasikan oleh OceanGate Expidition telah menutup semua aktiviti dan operasi selaman dasar laut selepas insiden tersebut berlaku
Ketika kejadian berlaku, Titan dikemudi oleh CEO OceanGate iaitu Stockon Rush dan setiap penumpang perlu membayar sehingga 250,000 USD untuk satu selaman. Dalam satu-satu masa kapal selam ini boleh membawa sehingga 4 penumpang dan 1 anak kapal
Pada 18 Jun 2023, selepas menyelam selama 1 jam 45 minit, Titan telah terputus hubungan dengan kapal sokongan di laut Atlantic. Semua anak kapal telah terbunuh dan serpihan kapal selam ini ditemui berhampiran dengan kapal Titanic
Berikut ialah beberapa faktor yang menyebabkan kemalangan maut ini berlaku:
1. Rekaan luar yang gagal – kebanyakan rekaan kapal selam laut dalam menggunakan rekaan sfera, namun OceanGate telag mengubahsuai rekaan ini bagi menampung lebih banyak penumpang dalam satu masa. Rekaan sfera digantikan dengan yang lebih panjang dan ini mendedahkan Titan pada tekanan melampau pada kedalaman 4000 meter
Rekaan sfera akan mengagihkan semua tekanan air laut pada semua permukaan dengan sekata, namun rekaan Titan yang seperti pil ubat menyebabkan kapal selam malang ini pecah pada kedalaman 4000meter, satu rekaan yang dibuat semata-mata mahu memuatkan 2 penumpang tambahan.
2. Menggabungkan 2 bahan yang berlain
Stockon Rush juga melakukan satu perkara yang agak luar biasa dalam pembinaan kapal selam, dengan menggabungkan 2 bahan yang berbeza iaitu titanium dan juga gentian karbon bagi pembinaan badan kapal selam. Biasanya kapal selam laut dalam hanya menggunakan titanium sahaja kerana titanium boleh menahan tekanan yang sangat kuat.
Tapi titanium sangat mahal berbanding dengan gentian karbon. Bahagian silinder tengah dihasilkan dengan gentian karbon manakala bahagian hemisfera pula menggunakan titanium. Kedua dua bahan ini bertindakbalas dengan berbeza pada tekanan yang tinggi dan dipercayai poin gabungan antara titanium dan gentian karbon adalah poin yang paling lemah.
3. Proses Penundaan
Apabila tidak menyelam, kapal selam perlu dimuatkan dan dibawa dengan menggunakan kapal kargo dan kapal sokongan yang lain. Berbeza dengan misi sebelum ini yang menggunakan kapal sokongan yang besar, misi akhir Titan menggunakan kapal Polar Prince yang lebih kecil.
Keadaaan ini menyebabkan Titan perlu ditunda diatas baj dan diheret ke tapak selaman, dan diturunkan dengan menggunakan kren. Pakar membuat spekuslasi proses penundaan dengan baj ini menyebabkan Titan terdedah kepada elemen alam semulajadi yang merosakkan (material wear)
4. Tiada SOP Keselamatan yang Ketat
David Lochridge, bekas Pengarah Operasi Marin OceanGate yang dipecat kerana mempersoalkan aspek keselamatan menyatakan Stocken Rush tidak melakukan analisa terperinci pada struktur badan kapal selam selepas setiap kali selaman selesai dilakukan. Analisa perlu dilakukan bagi memastikan material fatigue tidak berlaku.
Menurut Lochridge, dia telah menghasilkan report penuh berkenaan dengan keperluan melakukan analisa struktur pada badan kapal selam disebabkan gentian karbon memiliki reputasi untuk “pecah” sekiranya dikenakan tekanan yang sangat tinggi berulang kali
5. Tiada pensijilan keselamatan dan ujian keselamatan yang sah
Stocken Rush juga dengan sengaja tidak mahu menjalankan ujian keselamatan dan pensijilan keselamatan pada kapal selam Titan bagi menjimatkan kos operasi dan pembinaan. Bagi mengelakkan tindakan undang-undang, kapal selam Titan beroperasi di laut antarabangsa sahaja dan bukannya laut mlik sesebuah negara
Keadaan ini membolehkan kapal selam Titan mengelakkan semua undang-undang keselamatan dalam negara yang mewajibkan penggunaan sijil dan ujian keselamatan yang ketat.


