BuletinMotosikal

LAGI EDISI TERHAD VALENTINO ROSSI, SEBUAH MPV BERGAYA – FORD TRANSIT VR|46

Anda masih ingat dengan Ford Ranger Edisi VR46 yang kami siarkan minggu lepas? Edisi terhad jenama khas Valentino Rossi ini juga menampilkan satu lagi pilihan kepada pembeli di Eropah – Ford Transit.

BACA – BRABUS CONFERENCE LAUNGE-MPV MEWAH

BACA – PENING NAK PILIH MPV?

Konsep penghasilan kenderaan dan kem VR46 ini jelas cuba mengenengahkan eksklusiviti jenama. Minivan Ford Transit ini telah direka semula dengan gaya penampilan “kenderaan rasmi” Rossi dengan hanya 460 unit dihasilkan secara terhad.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna samada hitam metalik atau kelabu magnetik, bahagian luarnya dikemaskan dengan penggunaan rim OZ hitam satin dengan pengunci aloi khas dan penutup rim VR46. Ia disalut dengan tayar-tayar Michelin 103XL

vr46-transit-lhd-005

Bagi mendapatkan titik graviti lebih sporty, set kit pegas gegelung Eibach 30mm dipasangkan. Turut hadir bersama pakej ini ialah set ekzos berkembar jenis stainless steel VR46.

Bahagian kosmetik turut menampilkan pemasangan lampu hadapan jenis nyalaan siang (DRL), arch tepi yang lebih lebar, pemijak sisi khas, spoiler pada bumbung belakang dan akhirnya set grafik dengan tema VR46.

Di bahagian dalaman pula digarapkan dengan salutan semula kulit napa dengan sulaman VR46. Balutan semula juga dibuat pada bahagian roda stereng, karpet lantai, door card dan penghadang pintu.

vr46-transit-lhd-009

Kluster meter juga “ditanam” dengan logo VR46 pada bahagian tolok kelajuan. Kesemua lantai asal minivan ini telah dialas dengan permukaan getah yang lebih lasak. Kira boleh bawak superbike tanpa perlu risau lantai koyak atau kotor.

Sama seperti Ford Ranger sebelum ini, setiap unit Ford Transit edisi VR46 ini didatangkan dengan plak khas dengan nombor identity khusus setiap unit.

Kalau di jual di Malaysia ni kami yakin ramai yang akan membelinya. Kita memang ramai peminat Rossi!

 

Google ads
Back to top button