BuletinMotosikal

FORD RANGER 3.2 EDISI TERHAD VALENTINO ROSSI – VR|46

Valentino Rossi bukan sahaja bukan seorang pelumba MotoGP lagenda, jenama VR46 yang dibinanya adalah paling ikonik dalam sejarah pelumba MotoGP.

Beliau berjaya mencipta ikon yang menjadi ikutan ramai, produk yand dihasilkan tak terkira banyaknya dan beliau buat duit lebih banyak berbanding pelumba lain menerusi royalti jenama VR46.

Terbaru, cabang perniagaan dilancarkan. Dikenali dengan VR-46 Cars menampilkan dua model kereta pilihan, Ford Transit dan Ford Ranger edisi Valentino Rossi atau VR46. Sebanyak 460 unit dibina dan dijual kepada pasaran UK dan Eropah.

BACA – YAMAHA INDONESIA PENGEDAR VR|46 DI ASIA

BACA – 10 PELUMBA MOTOGP TERHEBAT 

Ia adalah model Ford Ranger 3.2 disel turbo yang dipertingkatkan dengan aksesori dan kemasan kosmetik. Warna pilihannya bukanlah livery MotoGP Yamaha tetapi warna hitam dengan skema warna badan dan kontras garis hijau.

vr46-ranger-028

Model 4X4 cab berkembar 3.2 ini dinaiktaraf dengan pengubahsuaian tambahan. Ia ditawarkan bagi transmisi manual atau automatik. Ranger VR46 ini dipasangkan dengan pakej off-road seperti tayar mud terrain dari BF Goodrich, soket 230v, pengesan parking hadapan, kamera undur dan navigasi satelit.

Di bahagian luar, ia dipasangkan dengan fender arch lebih lebar, bampar hadapan dan belakang rekaan baru, spoiler kecil di belakang boot lid, lampu tambahan dan pelekat custom yang kami rasa lebih cantik berbanding dengan sebuah F150 Raptor.

vr46-ranger-059

Di bahagian dalaman, semua kerusi dibalut semula dan bahagian hadapan disulam dengan logo VR46 yang terkenal itu. Memang rare berbanding RXZ Nos atau Y15ZR Movistar.

Kami pun perasan, komuniti Ford Ranger T6/6.5 di Malaysia tak kurang meriahnya. Modifikasi luaran biasanya dibuat berdasarkan model tingkat taraf Wildtrak atau F-150 Raptor. Kita tak mungkin dapat beli model VR46 ini tetapi idea nak ubahsuainya memang menarik!

ranger-description

 

 

Google ads
Back to top button