Buletin

TAK JADI SAMAN FERRARI, PRESTON HENN DAKWA NSX LEBIH BAGUS

Masih ingat dengan brader yang memfailkan saman kepada Ferrari sebab tak dapat beli LaFerrari Aperta?. Ya Preston Henn, ahli perniagaan dari Amerika Syarikat yang kecewa kerana mendakwa “dimalukan” oleh Ferrari.

BACA – LINDSAY LOHAN GAGAL SAMAN GTA

BACA – 10 SAMAN TRAFIK TERMAHAL DI DUNIA

Preston Henn bukanlah lelaki cap ayam yang acah-acah baru main Ferrari. Beliau adalah ahli perniagaan berjaya, bekas pelumba dan terkenal sebagai pengumpul kereta. Beliau juga memiliki Ferrari F40, F50, Enzo and LaFerrari, dan 458 Speciale dan juga 275 GTB.

Tapi apa yang menyebabkan Preston Henn berang ialah merasa dirinya tercabar. Beliau telah menghantar permohonan, surat sokongan bersama-sama sekeping cek USD1 juta sebagai deposit kepada Ferrari dan jawapan yang diterimanya mengejutkan. Permohonannya ditolak kerana Ferrari memberitahu beliau tidak layak dan lagipun kereta pun dah habis kena tempah.

Tapi ini berita terbaru, Henn telah membuat pusingan U dengan membatalkan saman tersebut. Beliau mendakwa, ia memakan belanja yang sangat besar dan apa yang lebih menarik beliau memuji Honda NSX.

Beliau memberitahu yang Acura NSX cuma berharga USD200,000 sementara LaFerrari USD750,000.

“Apa yang anda dapat dengan NSX? Walaupun dengan kritikan berbeza, saya rasa, ia jauh lebih baik dari LaFerrari. Tau tak pintu LaFerrari tu ya ampun beratnya nak buka?,” ujar beliau (ayat ya ampun tu Abang Japar tambah nak bagi cerita nampak real)

Inilah masalah orang kaya. Padahal si Preston Henn ni dah banyak sangat kereta sampai ada Ferrari 275 GTB edisi terhad yang nilainya dikatakan lebih USD100 juta. Yang tamak sangat kau ni dah kenapa?

 

Google ads
Back to top button