Artikel Pilihan

MAZDA IMBAS KEMBALI MIATA 93LE HITAM DAN MERAH – EUNOS EDITION ND

Antara roadster paling comel dan kecil molek ialah Mazda MX-5 Miata. Ia mempunyai banyak model edisi khas tetapi yang paling digemari peminatnya ialah model yang dinamakan 93LE. Apa maksud 93LE tu? Senang je, 93 merupakan tahun ianya dikeluarkan (1993 walaupun di Jepun ia dilancarkan pada tahun 1992). LE tu takkan tak boleh nak agak kot?

Ia senang dikenali kerana menggunakan tema berwarna hitam dan merah. Seksi weh. Kini Mazda bakal memperkenalkan konsep yang sama untuk MX-5 terbaharu dan sekali lagi mereka akan menghidupkan kembali nama Eunos.

Mazda MX-5 Eunos Edition 2020 bakal diberikan penampilan yang sama dengan Miata 1993 Limited Edition. Bahagian luaran akan diberikan semburan warna Jet Black Mica manakala dalamannya pula menampilkan penggunaan kemasan kulit Nappa berwarna merah burgundy.

Nama Eunos ini sebenarnya berasal dari bahagian pemasaran mewah Mazda satu ketika dahulu. Kira macam Lexus untuk Toyota dan Infiniti untuk Nissan.

Ia cuma muncul sekitar tahun 1989 hingga 1996 dan tidak pernah digunakan untuk pasaran luar kecuali di Jepun sendiri. Kini MX-5 ini kembali mengimbau kembali memori asal Eunos siap dengan lencana khas dan nombor siri untuk setiap unit.

Padanan warna merah menghiasi latar belakang serba hitam memang memberikan kelasnya yang tersendiri pada bahagian dalaman MX-5 ini. Jika anda seorang yang berkulit putih bersih macam kami, memang warna merah ni akan menaikkan lagi seri muka anda sewaktu cuaca cerah.

Rona merah gitew. Jadi untuk mengelakkan muka anda kelihatan terlalu merah, Mazda mengurangkan sedikit efek merah pada bahagian papan pemuka. Silau weh kalau tengah hari, merah-merah sangat ni.

HD_Mazda_MX5_EunosEdition

Model asal MX-5 Eunos menggunakan rim BBS berwarna emas di Jepun dan warna perak dipilih untuk pasaran AS. Tapi kali ini mereka memilih untuk menggunakan rim 10-jejari keluaran Rays bersaiz 16-inci. Ia kelihatan sama seperti rim yang digunakan pada model Miata edisi 30th Anniversary tapi masih kelihatan bergaya jadi apa salahnya dikekalkan.

HD_Mazda_MX5_EunosEdition

Tiada sebarang naiktaraf dari segi prestasi dan bagi kami ianya memang tak penting pun. Bukannya beli untuk berlumba pun dan memang ia untuk bergaya dengan kelasnya yang tersendiri. Sayangnya Miata ini hanya untuk pasaran Perancis dan hanya 110 unit sahaja akan dikeluarkan. Kenapa Perancis je dapat kereta classy macam ni? Kami di Malaysia ni tak cukup kacak ke?

Google ads
Back to top button