Artikel Pilihan

LAMBORGHINI BAHARU AKAN DILANCARKAN MINGGU INI – SEMUA DIJEMPUT UNTUK PREVIU

Lamborghini baharu sahaja mengumumkan secara rasmi yang mereka akan melancarkan satu model baharu pada 8 Julai ini. Lusa dah tu dengan tema “Ahead of its time”. Hanya sekeping gambar teaser disertakan dan ramai yang menjangkakan kemungkinan ia adalah Lamborghini SCV12 yang hanya boleh dipandu di atas litar.

Mungkin ya mungkin tidak. SCV12 memang dijadualkan akan dilancarkan sedikit masa lagi tetapi memandangkan ia bukan model jalanan, mustahillah Lambo akan mendedahkannya kepada umum dalam majlis berskala besar. Lambo biasa pun ramai tak terbeli inikan pula Lambo untuk kegunaan trek semata-mata.

Nak main teka-teka pun memang Lamborghini langsung tak bagi petunjuk. Jadi main belasah je lah. Laman wen Carbuzz menjangkakan yang ia adalah Lamborghini Sian Roadster. Kemungkinan besar memang benar kerana berdasarkan trend semasa, pengeluar seperti Lamborghini akan mengeluarkan versi coupe terlebih dahulu sebelum diikuti oleh model roadster.

Lamborghini Sian paling menepati tema mendahului zaman kerana ia merupakan model mild-hibrid kerana ianya dilengkapi dengan sistem elektrik berkuasa 48 volt yang mampu menyumbang 34 hp kuasa menjadikan jumlah kuasa maksima keseluruhan kereta ini 819 hp.

Jika dihasilkan dalam versi roadster ia akan menjadikan Sian Roadster ini model tidak berbumbung paling berkuasa pernah dihasilkan Lambo. Memandangkan model coupe dihadkan pengeluarannya kepada 63 unit jadi tidak mustahil model roadster turut menerima peraturan yang sama. Bahkan mungkin jumlahnya lebih kecil.

Harga? Senang cerita la, kalau Sian Coupe dipasarkan dengan harga USD3.6 juta (RM15,386,906.14) jangan harap la harganya akan lagi murah dari tu.

Jadi boleh ke kereta ni dipandu ke Mekah? Boleh, kereta apa pun boleh. Keputusan di tangan pemilik sendiri. Nak tak nak je.

Aaa lagi satu sebab majlis ni dibuat secara dalam talian, korang semua pun boleh tonton secara langsung tau. Tapi makan-makan kena sediakan sendiri la. Beli la goring pisang ke? Karipap sardin ke siap-siap sambil menonton, okey.

BACA: MASIH BAU KEDAI. LAMBORGHINI HURACAN PERFORMANTE DAH TOTAL LOSS

BACA: UMUR BARU 5 TAHUN TAPI DAH PANDU KERETA IBU UNTUK BELI LAMBORGHINI – TABAH KAU NAK

Google ads
Back to top button