Buletin

LAST PALM STANDING – MEDIACORP SUBARU CAR CHALLENGE. MENGUJI KETAHANAN PESERTA

Empat ratus peserta dari rantau Asia akan beradu kekuatan fizikal dan mental dalam peraduan menguji ketahanan. Dalam pertandingan ini peserta hanya perlu meletakkan tapak tangan mereka pada kereta Subaru seberapa lama yang boleh bagi mengatasi elemen kelesuan dan keletihan yang melampau. Rekod paling lama meletakkan tangan ialah 82 jam dan 16 minit.

Pusingan akhir pertandingan ini akan dijalankan hari ini di Ngee Ann City di Singapura dimana peserta dari Kemboja, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand, Vietnam dan juga Singapura akan berusaha untuk menjadi peserta yang paling lama bertahan di bawah panas terik dan juga hujan.

Terdapat 8 buah SUV yang akan disediakan untuk semua pemenang dari negara yang terdiri daripada Subaru XV dan juga Subaru Forester. Pemenang dari Malaysia bakal membawa pulang Subaru XV 2.0i-P serba baru jika berjaya mengharungi ujian getir ini. Peserta yang berjaya melepasi ujian ketahanan melebihi 3 jam bakal berpeluang memenangi wang tunai 10,000 dollar serta insentif wang tunai untuk bertahan lebih dari 48 jam.

“Acara tahunan ini menarik minat ramai peserta dan bilangannya bertambah dari tahun ke tahun. Acara ini berkembang menjadi acara ujian ketahan yang paling dinantikan di Asia. Walaupun kelihatan sangat mudah dan sangat meletihkan stamina peserta, kami berharap lebih ramai peserta berusaha untuk bertahan dengan lebih lama melebihi kemampuan diri mereka dalam mencapai matlamat. Ia adalah selari dengan falsafah di sebalik jenama Subaru” ujar Cik Debra Soon, Ketua Kumpulan Pengurusan Korporat Tan Chong International Limited

rpt

Acara tahunan Mediacorp Subaru Car Challenge yang diadakan di Ngee Ann City telah dimulakan semenjak tahun 2002 dan pada tahun ini ia memasuki edisi ke 18. Pada tahun lepas acara ini telah dimenangi oleh Analiza Binti Mokhtar yang merekodkan masa 75 jam dan 17 minit. Namun rekod yang paling lama dipegang oleh Nguyen Phuoc Huynh dari Vietnam pada tahun 2015 dengan rekod 77 jam 58 minit.

Google ads
Back to top button