Motosikal

APRILIA TUONO V4 1100 FACTORY MUNCUL DI LITAR SEPANG – RM119K SEUNIT

Jentera penuh kuasa, Aprilia Tuono V4 1100 Factory membuat kemunculan di both Aprilia sempena acara MotoGP di Litar Sepang yang berlangsung  hujung minggu ini.

Menjadi versi lebih eksklusif, Tuono V4 1100 Factory dilengkapi pelbagai komponen yang kebanyakannya diambil daripada superbike Aprilia RSV4 RF.

Ia kini hadir dengan sistem pengurusan suspensi semi aktif elektronik (Smart EC 2.0) paling canggih di pasaran yang dibangunkan oleh Ohlins dan pasukan Aprilia.

Kaliberasi suspensi boleh dibuat menerusi butang kawalan pada bar hendal demi memberikan pengalaman tunggangan lebih mengujakan. Penunggang boleh memilih tiga pemetaan iaitu Track, Sport and Road.

Dalam mode semi-aktif, prestasi suspensi diuruskan oleh sistem Smart EC2.0 yang memproses maklumat ke ECU khas pada masa sebenar.

Supensi itu mampu mengubah suai kaliberasi hidraulik pada setiap saat, bergantung kepada permukaan jalan dan gaya tunggangan.

Dalam mode manual pula, tiga pemetaan menawarkan beberapa pilihan kaliberasi tanpa bantuan sistem semi-aktif. Jadi, ia berfungsi sama seperti suspensi jenis mekanikal.

Jentera itu mennggunakan sistem kawalan elektronik Aprilia Performance Ride Control (APRC) sebagai ciri standard. APRC generasi keempat itu mengintegrasikan sistem pengurusan elektronik yang terdiri daripada Aprilia Traction Control (ATC), Aprilia Wheelie Control (AWC), Aprilia Launch Control (ALC), Aprilia Quick Shift (AQS), Aprilia Pit Limiter (APL) dan Aprilia Cruise Control (ACC).  

Tuono V4 1100 Factory menggunakan kluster paparan TFT dengan pilihan dua skrin iaitu Road dan Race. Ciri Aprilia MIA bagaimana hadir sebagai ciri tambahan.

Platform multimedia itu membolehkan penunggang menghubungkan telefon pintar dengan motosikal dan memuat turun  data tunggangan ke komputer riba.

Tuono V4 1100 Factory dijana oleh enjin V empat selinder, DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 175hp.

Anda boleh memiliki motosikal ini pada harga RM119,000 seunit.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button