Motosikal

MOTOGP: QUARTARARO TERPANTAS DI SEPANG – AGRESIF TAPI CERMAT

Fabio Quartararo memberikan suntikan semangat untuk pasukan beliau di litar Sepang selepas membuat catatan terpantas dalam ujian masa semalam. Ia juga mungkin merupakan amaran awal untuk pelumba lain khususnya Marc Marquez tentang kehebatan pasukan ini di litar mereka sendiri.

Ia juga berlaku pada hari yang sama Yamaha mengumumkan pasukan ini akan menerima jentera ‘A Spec’ untuk perlumbaan pada musim hadapan. Quartararo membuat catatan masa 1m 59.057 saat untuk meletakkan pasukan Yamaha Petronas di hadapan pada sesi ujian waktu pagi dan membuat catatan baru yang lebih baik 1m 59.576 saat pada sesi tengah hari dengan menggunakan tayar yang lebih lembut.

Ini mungkin merupakan hadiah terbaik selepas sesi yang mengecewakan di Philip Island sebelum ini. Sudah tentu Quartararo cukup gembira dengan catatan ini tetapi menambah yang ia akan menjadi lebih bermakna jika berjaya melakukannya lagi dalam perlumbaan sebenar.

Segalanya seolah tidak menjadi di Philip Island dengan dua kemalangan. Sekali semasa latihan dan sekali lagi di awal perlumbaan dan kali ini tahap keyakinan pelumba rookie ini kelihatan sudah kembali pulih.

Quartararo yang mempunyai 6 catatan menaiki podium pada musim ini menyatakan yang zon brek merupakan faktor penyebab utama kemajuan beliau setakat ini. penanda zon brek pada Februari adalah cukup berbeza dan membuatkan jarak brek beliau berbeza hampir 20 meter berbanding sekarang.

Ia merupakan perbezaan yang cukup besar dan selepas mengharungi 17 perlumbaan pada musim ini, kebanyakan pelumba sudah pun semakin membiasakan diri dan semakin kuat.

Beliau juga cukup gembira kerana kembali menyengat dan tambah gembira lagi bila menerima khabar yang beliau akan menerima jentera yang sama dengan Farnco Morbidelli pada musim hadapan .

Ini juga bermakna jentera M1 Quartararo pada musim depan hampir menyamai jentera yang digunakan oleh Maverick Vinales dan Valentino Rossi. Tapi catatan Quartararo sebenarnya adalah lebih baik berbanding kedua pelumba ternama itu khususnya dari segi konsistensi.  

Google ads
Back to top button