Buletin

LEBIH 400 PEMANDU AIRASIA RIDE NIKMATI TEKNOLOGI SALUTAN KACA HIDROFOBIK IGL

Dua jenama tempatan berimpak global, IGL Coatings dan AirAsia Ride, berganding bahu memperkukuh keselamatan dan keselesaan perjalanan e-hailing di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, lebih 400 pemandu AirAsia Ride di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang menerima manfaat teknologi terkini IGL, termasuk 120 pemandu pertama yang menggunakan salutan kaca hadapan hidrofobik baharu bagi meningkatkan kejelasan penglihatan ketika hujan.

Selain itu, 300 kit IGL Window DIY turut diagihkan kepada pemandu dan pelanggan di seluruh negara.

AirAsia Ride menjadi platform e-hailing pertama di Malaysia yang mengaplikasikan teknologi salutan grafena IGL, yang dapat menambah baik tahap penglihatan dan keselamatan pemanduan terutamanya ketika cuaca buruk.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh  Ketua Pegawai Kewangan AirAsia MOVE, Ramanathan A. M. N. Thiagarajan, Ketua Operasi AirAsia Ride, Suruban Jayacumaran serta pengasas IGL Coatings, Keong Chun Chieh dan Fiona Chin.

Ramanathan berkata, kerjasama ini mencerminkan komitmen AirAsia Ride dalam memperkasa komuniti pemandu dan memastikan penumpang menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa.

Sementara itu, Keong menyatakan teknologi ini bukan sahaja meningkatkan penglihatan semasa hujan, tetapi turut membantu mengurangkan keletihan pemandu serta kesan alam sekitar.

Google ads
Back to top button