Buletin

MARTIN SESKS AKAN KEMBALI BERAKSI DI ARAB SAUDI SEBAGAI PENUTUP KEMPEN WRC 2025

Pemandu muda dari Latvia Mārtiņš Sesks berpeluang untuk melengkapkan kempen WRC 2025 beliau musim ini ketika di aksi terakhir penutup musim ini di Rally Saudi Arabia bulan hadapan, dengan Promoter WRC menyokong penyertaannya bersama SafetyCulture dan pasukan M-Sport Ford.

Penyertaan Mārtiņš Sesks untuk aksi penutup di Timur Tengah tersebut melengkapkan aksi cemerlang beliau sebelum ini yang merupakan seorang pesaing dalam kejohanan European Rally Championship (ERC) kepada pemandu utama dalam kelas utama WRC musim ini dengan memandu jentera Ford Puma Rally1.

Sumbangan Promoter WRC telah membantu Martin Sesks menambah perlumbaan akhir musim yang berpangkalan di Jeddah pada programnya, meneruskan usaha kerjasama yang telah pun bermula dengan membantu membawa pemandu berusia 26 tahun itu ke peringkat teratas dalam pentas WRC pada tahun 2024.

Prestasi Martin Sesks telah menunjukkan pemanduan yang cemerlang dalam kempen Rally1 keduanya, dengan mendapatkan keputusan terbaik musim 2025 di tempat keenam ketika aksi di Rally Sweden dan memberikan persembahan yang mantap di permukaan kerikil untuk aksi di Eropah. Penyertaan beliau untuk debut padang pasir memberikan satu lagi peluang untuk membina pengalaman dan menunjukkan kepantasannya pada jenis rupa bumi yang baharu.

Menurut Martin Sesks untuk aksi di Arab Saudi itu nanti pastinya lebih mencabar kerana faktor ketiadaan sesi pandu uji di sana tetapi harus segera beradaptasi dengan bentuk muka bumi baharu ketika sesi Shahkedown.

Martin Sesks bersama juruarah Renārs Francis akan kembali memandu jentera Ford Puma Rally1 bersama rakan sepasukan M-Sport Ford yang lain, Grégoire Munster dan Josh McErlean untuk aksi di perlumbaan debut Rally Saudi Arabia pada 26 – 29 November nanti.

Menariknya juga apabila seorang juara lagenda pemandu dari Qatar Nasser Al-Attiyah  yang merupakan juara 20 kali FIA Middle East Rally Champion juga akan beraksi bersama pasukan M-Sport Ford nanti.

Kredit Foto : WRC

BACA : ERC 2025 – MARTIN SESKS CEMERLANG UNTUK MENANG DI POLAND

BACA : JENTERA MARTIN SESKS BERSAMA FORD PUMA RALLY1 DIDEDAHKAN

Google ads

B K

Back to top button