,
Buletin

LELAKI SINGAPURA DITAHAN TAK BAYAR 116 SAMAN BERJUMLAH RM28,000 SEJAK TAHUN 2000

Bila tengok kereta plat singapore ni drive kat highway rata-ratanya macam kena rasuk hantu. Maklumlah kat negara dia jangankah nak bawak laju, makan chewing gum pun kena saman.

Jadi bila masuk highway malaysia, jadi sawan.

“Polis Malaysia tak buat kerja ke?, kata Solihin sambil menaip komen dengan yakin tanpa menyedari PDRM kerja siang malam menjadikan Malaysia ni negara yang aman damai.

Pada sabtu lepas, seorang warga Singapura telah ditahan dan kerana memiliki 116 saman tertunggak bernilai RM28,000 dalam Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing Ke-X (OSTWA 10) di Johor Bahru.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, lelaki berusia 60an itu ditahan ketika memandu kenderaannya di Muzium Tokoh, Jalan Lingkaran Dalam pada 4 petang.

“Terdapat satu kes menarik semalam. Kita dapat kesan sebuah kenderaan yang mempunyai 116 saman.

“Dia membayar semua saman itu berjumlah RM28,000,” katanya pada sidang media sempena OSTWA di Muzium Tokoh, Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru.

Terdahulu, dalam operasi tiga hari bermula Jumaat lalu, sebanyak RM611,000 bayaran saman berjaya diperolehi dalam operasi di dua lokasi di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah dan Muzium Tokoh, Jalan Lingkaran Dalam.

Operasi tersebut dilakukan bersama 116 petugas membabitkan anggota Trafik Bukit Aman dan Trafik Johor Bahru bagi mengesan pesalah trafik warga Singapura yang memiliki saman tertunggak sejak tahun 2000.

Mohd Nadzri berkata, lelaki terbabit antara 3,000 saman warga Singapura yang berjaya dikesan dalam operasi tiga hari di lokasi strategik di pintu keluar negara ini.

“Sepanjang dua hari operasi dijalankan, sebanyak 3,174 saman diselesaikan dan sebanyak 198 saman baharu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Secara keseluruhan sebanyak 24,278 saman dikeluarkan kepada warga Singapura sejak tahun 2000,” katanya.

Katanya, jumlah berkenaan dianggarkan jutaan ringgit dan operasi secara berterusan dilaksanakan bagi menjejaki pesalah-pesalah ini.

Katanya, warga Singapura perlu menyemak dan membuat bayaran saman trafik dan JPJ di lokasi ditetapkan.

Katanya, pesalah-pesalah trafik Singapura boleh menyemak dan melakukan bayaran di Balai Polis Trafik Johor Bahru.

“Mereka juga boleh membayar saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negara mereka sendiri melalui 900 mesin AXN.

“Semakan dan pembayaran juga boleh dibuat menerusi Kaunter Trafik COPS di seluruh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) yang menerima bayaran tunai, kad debit, kad kredit, draf bank dan wang pos,” katanya.

Selain itu, ia boleh disemak melalui portal myeg.com.my dan rilek.com.my atau menerusi pejabat pos dan ATM Maybank.

KREDIT: HARIAN METRO

Tags
Google ads
Back to top button