
LINCOLN CORSAIR – SUV DENGAN GAYA MEWAH DARI AMERIKA
Jenama Lincoln ini barangkali jauh dari pendengaran hawa telinga kita. Lincoln ini sebenarnya merupakan jenama yang berada di bawah naungan Ford Motor Company, khusus untuk menjual jenama dengan gaya yang lebih mewah. Dan ini sebuah model SUV yang baharu di bawah jenama tersebut, Lincoln Corsair nama diberi.
Lincoln Corsair ini menggunakan pelantar Ford C2, model yang sama berkongsi pelantar yang sama seperti Ford Focus (generasi baharu) dan juga Ford Bronco Sport. Penampilan serta rekaan luaran kelihatan agak minimalis. Tiada rekaan yang fancy dan merapu.

Bahagian hadapan telah direka semula bagi model keluaran 2023 ini meliputi gril dan bampar baharu. Rekaan rim bersaiz baharu juga turut diberikan. Rekaan floating roof turut diaplikan bagi kelihatan lebih bergaya. Dan di atas bumbung tersedia bumbung panorama bagi lebih bergaya.

Ruangan kabin Lincoln Corsair ini kelihatan mewah dan premium. Balutan upholsteri mewah berwarna merah telah diberikan bagi mengimbangi ciri mewah dan juga rasa sporty terhadap SUV ini. Skrin infohiburan bersaiz 8 inci dengan fungsi ketersambungan pelbagai fungsi akan membantu dan menghiburkan pemandu sewaktu dalam perjalanan. Terima kasih kepada sistem Lincoln Co-Pilot360. Manakalaa kluster meter digital dengan paparan skrin 12.3 inci pula berupaya memberikan data data penting mengenai kondisi kenderaan kepada pemandu.
Ada tiga pilihan trenkuasa yang ditawarkan kepada pengguna kelak. Pilihan pertama adalah enjin 2.0 liter Turbo dengan kotak gear auto lapan kelajuan. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum 250 HP dengan tork 280 Nm. Pilihan kedua adalah 2.3 liter Turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 295 HP dengan tork 310 Nm. Manakala pilihan terakhir adalah enjin 2.5 liter hibrid dengan gabungan keduanya menghasilkan kuasa 266 HP.

Lincoln Corsair ini turut dilengkapi dengan ciri ADAS untuk pemanduan di lebuhraya. Kira lengkaplah untuk ciri sebuah kenderaan moden di masa kini. Menarik apabila Lincoln Corsair ini dilengkapi dengan ciri tambahan seperti Adaptive Suspension bagi memastikan keselesaan penumpang berada di tahap optimum di kala kenderaan melalui permukaan yang berliku dan juga sebarang tindak balas stereng di waktu membelok dengan kasar.
Model yang dipasang di kilang Louisville, Kentucky milik Lincoln ini bakal dijual pada aras harga $36580 (RM168.396) sehinggalah $52,635 (RM242,305). Kalau ikut julat harga, ianya dikira murahlah untuk sebuah kenderaan yang dikelaskan sebagai premium di sana.
BACA : FORD BRONCO HERITAGE EDITION 2 PINTU – SUV MODEN GAYA KLASIK
BACA : FORD CABAR PENDAFTARAN ANAK SYARIKAT GEELY, LYNK & CO – IA BERBUNYI SEAKAN “LINCOLN”