Buletin

FORD CABAR PENDAFTARAN ANAK SYARIKAT GEELY, LYNK & CO – IA BERBUNYI SEAKAN “LINCOLN”

Pada 2010, Ford menerusi syarikat induknya General Motors telah menjual Volvo kepada Geely. Berada pada situasi yang goyah dan tak menentu, Volvo mampu bangkit dengan pantas menerusi wang dari China yang dilabur banyak.

Hanya beberapa tahun selepas itu, Volvo bukan sahaja melalui survival malah telah berkembang dan Geely mendapat manfaat tak langsung hasil perkongsian teknologi dengan syarikat dari Sweden itu.

BACA: LYNK & CO AKAN LANCAR KERETA IKUT MUSIM

dan lahirlah Lynk & Co. Geely juga membeli London Taxi Company, membina beberapa lagi syarikat berkaitan automotif dan yang terbaru mengembangkan sayapnya dengan pembelian saham Proton dan memiliki saham majoriti Lotus.

Baru-baru ini, Automotive News melaporkan Ford tidak gembira dengan paten pendaftaran yang difailkan oleh Lynk & Co di Amerika Syarikat. Mereka mendakwa bunyi sebutan Lynk & Co, hampir menyerupai Lincoln, jenama di bawah payung Ford.

Mereka akan memfailkan bantahan tersebut dan mendakwa Lynk & CO bakal mengelirukan pelanggan satu hari nanti.

“Lincoln telah menyambut ulangtahunnya yang ke 100, dan kami akan memastikan namanya diperlihara,” Ujar jurucakap Lincoln

Lynk & CoLynk & Co. akan memperkenalkan SUV iu dibina di atas platform Compact Modular Architecture (CMA) Volvo. CMA akan digunakan untuk model-model masa depan Lynk & Co. yang merangkumi sedan, hatchback dan Crossover. Ia menggunakan khidmat enjin tiga silinder 1.5 liter atau empat silinder 2.0 liter daripada Volvo yang dipadankan dengan kotak gear klac berkembar.

 

Tags
Google ads
Back to top button