Peranti

LOGITECH MENANG 9 ANUGERAH RED DOT!

Logitech hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila menerima sembilan Anugerah Red Dot untuk reka bentuk dalam beberapa kategori produk.

Logitech-Red-Dot-Award-2016-mekanika (3)

Kemenangan itu mencatat rekod baharu untuk Logitech dalam satu pertandingan Anugerah Red Dot. Ini merupakan tahun keempat berturut-turut produk Logitech diberi pengiktirafan tersebut.

Produk yang dipilih sebagai pemenang ialah bekas untuk iPad Air 2 LogiBLOK Family, tetikus Logitech® MX Master Wireless Mouse, Logi Circle, papan kekunci Logitech® K380 Multi-Device Bluetooth Keyboard, 2015 Logitech® Play Collection,  Logitech® Harmony Elite, tetikus Logitech® M335 Wireless Mouse, UE ROLL serta pembesar suara Ultimate Ears yang merangkumi UE BOOM 2, UE MEGABOOM dan UE ROLL.

Logitech-Red-Dot-Award-2016-mekanika (2)

“Kami bekerja keras untuk menjadikan reka bentuk sebagai paksi kepada apa yang kami lakukan. Kami amat berbesar hati kerana diberikan begitu banyak Anugerah Red Dot.

“Kami bekerjasama sebagai sebuah syarikat untuk menghasilkan produk yang menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna,” kat Pengurus Negara Malaysia, Filipina dan Brunei Logitech,KP Sim.

Logitech-Red-Dot-Award-2016-mekanika (4)

Ditubuhkan pada tahun 1954, pertandingan anugerah Red Dot mengiktiraf produk terbaik dari seluruh dunia. Pemenang anugerah tersebut dipilih oleh juri antarabangsa.

Tags
Google ads
Back to top button