BuletinMotosikal

YAMAHA MOTOROiD, TEGAK SENDIRI DAN MENANG ANUGERAH RED DOT

Adakah ini motosikal? robot? RX-Z masa depan? Susah nak jawab sebab reka bentuknya yang unik. Motosikal buatan Yamaha yang dikenali MOTOROiD ini bukan calang binaan (build).

Motosikal konsep ini pernah dipertontonkan di Pameran Kenderaan Tokyo ke-45 dan mendapat perhatian ramai.

Perhatian ke atas MOTOROiD tidak terhenti setakat itu apabila ia baru sahaja memenangi anugerah LUMINOID yang merupakan pengiktiran tertinggi Red Dot Award: Design Concept 2018.

Lebih mengujakan apabila ini adalah kali pertama syarikat Jepun memenangi anugerah tersebut.

Laluan untuk kemenangan ini tidak mudah apabila terdapat 5640 penyertaan daripada 55 buah negara. MOTOROiD kemudian dipilih ke dalam kelompok best of the bersama 40 pernyataan lain dan dari situ jumlah dikecilkan kepada tiga finalis.

MOTOROiD akhirnya diumumkan sebagai pemenang di satu majlis pada 28 September lalu di Singapura.

Apabila dibaca secara mendalam, MOTOROiD ini bukan sekadar motosikal biasa malah ia memberi indikator tentang teknologi masa depan.

Motosikal ini boleh berdiri tegak dengan sendiri tanpa bantuan tongkat. Fungsi tersebut dibolehkan melalui kawalan keseimbangan ketepatan tinggi yang dibantu oleh kecerdasan buatan (AI) dan teknologi autonomi.

Melalui teknologi tersebut, MOTOROiD mampu mengesan kedudukannya sendiri dan melaras titik tengah graviti tanpa tongkat dan berdiri tegak.

Kredit foto: Yamaha (C)

Selain itu motosikal ini juga mampu mengecam dan bergerak ke arah pemiliknya dan bertindak balas mengikut tingkah laku penunggang.

Ini dibolehkan melalui teknologi antaramuka mesin-manusia (HMI). Reka bentuk luaran pula dibiarkan kasar bagi menonjolkan kreativiti pereka dan jurutera serta menampakkan imej ‘raw’.

Memang canggih dan rasanya ini bukan eksperimen sia-sia. Mungkin ia bakal diaplikasikan pada motosikal masa hadapan Yamaha.

BACA: YAMAHA R15 SUDAH SAMPAI DAN HARGA DI KEDAI MOTOR IALAH….

BACA: SPYSHOT: KELIBAT YAMAHA MT-15 SEDANG DIUJI. INI VERSI NAKED YAMAHA R15

Google ads
Back to top button