Peranti

TETIKUS COMEL LOGITECH

Logitech hari ini memperkenalkan koleksi rekaan tahunan yang ketujuhnya, dikenali sebagai 2015 Logitech Play Collection.

2015-Logitech-Play-Collection-mekanika (1)

Mengambil inspirasi trend fesyen, reka bentuk perabot dan aksesori terkini, tetikus tersebut menampilkan karekter-karekter yang ceria, corak serta bentuk berwarna-warni.

2015-Logitech-Play-Collection-mekanika (5)

“Matlamat kami adalah untuk mencetuskan keceriaan, agar anda tersenyum ketika menggunakan tetikus ini. Kami menggabungkan warna dan reka bentuk yang penuh inspirasi ke dalam koleksi ini,” kata Pengurus Negara Logitech untuk pasaran Malaysia, Filipina dan Brunei, KP Sim.

2015-Logitech-Play-Collection-mekanika (3)

Pasukan reka bentuk Logitech dikatakan terinspirasi dengan tema dan elemen yang lincah pada acara Minggu Reka Bentuk Milan, sekali gus membawa kepada penghasilan tetikus 2015 Logitech Play Collection.

Koleksi pada tahun ini menampilkan tetikus tanpa wayar Logitech M238. Baterinya mampu bertahan sehingga 12 bulan. Ia juga boleh berfungsi dari jarak sejauh sepuluh meter.

2015-Logitech-Play-Collection-mekanika (4)

2015 Logitech Play Collection akan berada di pasaran mulai Jun 2015 dan ditawarkan pada harga RM69 seunit termasuk GST. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.logitech.com

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button