MAHUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH WRC? DAPATKAN FORD FOCUS WRC 1999 COLIN MCRAE
Jika anda mahukan sebahagian daripada catatan sejarah WRC menjadi milik anda ini merupakan satu peluang baik. Ini kerana pada jualan Race Retro Competition Car Sale yang akan diadakan oleh pihak Silverstone Auctions, mereka akan menjual sebuah Ford Focus WRC 1999 yang telah dipandu oleh pemandu lagenda WRC, Colin McRae.
Masih dihiasi dengan pelekat rasmi Martini Racing yang ikonik, Ford Focus ini merupakan model pertama yang dipandu oleh McRae pada empat pusingan musim 1999 – musim pertama beliau bersama dengan Ford.
Ia juga merupakan satu kejayaan baru buat Ford sejak mereka menggunakan Focus bagi menggantikan Escort RS Cosworth sebelum itu.
BACA: MITSUBISHI LANCER WRC – WIRA YANG TELAH MENGHILANG
McRae dan jurumudi Nicky Grist memacu kereta ini dalam perlumbaan rali Catalunya, Tour de Corse, Acropolis dan di China dengan pemandu lain termasuklah Petter Solberg dan Thomas Radstrom.
McRae merupakan juara rali dunia pertama dari England bila memenanginya dengan memandu Subaru Impreza pada tahun 1995. Bagaimanapun beliau gagal mengulangi kembali kehebatannya.
McRae terbunuh dalam satu nahas helikopter pada tahun 2007 tetapi sempat memahat nama sebagai antara pemandu rali terbaik dunia.
Tanyalah mana-mana peminat rali tentang pelumba paling popular dan nama pertama yang akan disebut adalah Colin McRae walaupun rekod kejuaraan terbanyak WRC dipegang oleh Sebastian Loeb. Syarikat lelongan Silverstone Auctions menganggarkan Ford Focus terbabit akan mampu dijual dengan harga sekitar RM650-750k. Pergh…ini dah level supercar bro.
Tapi kena ingat, kereta lejen dengan aksesori spec WRC macam ni memang mahal. Jangan ingat kereta macam ni pakai suspensi buatan Taiwan macam kereta yang kita pandu hari-hari. Ini setakat nak main lompat-lompat pun no hal bro.