Buletin

MAKCIK INI LUMUR KERETA DENGAN TAHI LEMBU UNTUK KURANGKAN PANAS

Seorang makcik di Ahmedabad, India menggunakan satu cara yang agak ekstrem demi memastikan keretanya kekal sejuk sepanjang musim panas kali ini.

Foto yang memperlihatkan sebuah kereta berwarna coklat itu tular di media sosial di sana.

Sejalben Shah dikatakan melumurkan najis lembu di seluruh Toyota Altis miliknya yang dikatakan dapat menyerap haba. Najis itu meliputi seluruh badan kenderaan kecuali bahagian lampu, cermin dan logo.

Untuk menjadikan keretanya lebih cantik, Sejalben Shah membuat sedikit ukiran pada bahagian tepi bumbung dan bawah pintu.

Najis lembu sebenarnya digunakan secara meluas di pedalaman India untuk memastikan rumah dan pondok berada dalam keadaan sejuk. Terutama pada musim panas.  

Ahmedabad di negeri Gujerat diramal mengalami cuaca panas mencecah 44 selsius. Pada tahun 2016, kawasan tersebut mencatat suhu panas sehingga 48 selsius.

Gelombang haba di India pernah mencecah suhu 51 selsius, biasanya pada bulan Mei dan Jun. Malah, beratus-ratus orang meninggal dunia akibat strok haba.

Cuaca panas itu kemudian diganti dengan monsoon yang menyaksikan hujan turun dengan lebat.

kredit foto: AFP/Getty Images 

Google ads
Back to top button