Buletin

REPLIKA LAMBORGHINI VENENO ROADSTER – MADE IN THAILAND

Lamborghini Veneno Roadster merupakan antara supercar yang mempunyai reka bentuk cukup pelik.

Tetapi apa yang peliknya, rekaan tersebut memberi inspirasi kepada banyak bengkel kereta di seluruh dunia untuk meniru reka bentuknya yang gila itu.

Contoh terbaharu ialah replika Veneno Roadster yang dihasilkan oleh sebuah bengkel di Thailand. Walaupun dari jauh anda sudah boleh tahu ia bukanlah model sebenar, namun hasil kerjanya agak bagus.  

Replika itu dihasilkan di atas Toyota MR2 Spyder yang bersaiz lebih kecil berbanding Veneno Roadster.

Tidak pasti apakah material yang digunakan untuk menghasilkan panel badan yang over ini.

Tetapi jika dilihat kepada bahagian hadapan yang terkeluar daripada chasis tidak disokong oleh apa-apa komponen tambahan, boleh dikatakan bahawa ia menggunakan material yang kukuh.

Ketiadaan lampu utama menunjukkan projek ini masih belum siap sepenuhnya. Jika dilihat pada bahagian belakang, kualiti buatan penutup enjin, wing dan peresap udara tidaklah teruk mana.

Tidak dapat dipastikan berapakah modal yang telah dikeluarkan oleh pemiliknya untuk menghasilkan replika ini.

Tags
Google ads
Back to top button