Buletin

MALAYSIA ATASI THAILAND UNTUK JUALAN KENDERAAN, KEDUA DI ASIA TENGGARA

Walaupun tahun 2024 dikatakan antara tahun yang suram dalam industri automotif, jualan tahunan bagi Malaysia menyaksikan peningkatan yang kukuh dalam 3 bulan berturut-turut. Angka kumulatif jualan ini juga membolehkan Malaysia mengatasi jualan suku pertama tahun 2024 negara Thailand

Buat masa ini, Malaysia berada di kedudukan ke 2 selepas Indonesia dan berada di depan Thailand dari segi jualan, membuktikan inisiatif yang diambil memangkinkan ekonomi dan jualan dalam negara. Data dari Malaysian Automotive Association (MAA) menunjukkan jualan suku pertama 2024 meningkat sebanyak 11% berbanding dengan angka jualan tahun 2023 bagi tempoh yang sama.

Pengecualian cukai bagi kendraan yang dihasilkan dalam negara, pakej rangsangan ekonomi dan juga beberapa inisiatif khas untuk kenderaan elektrik menyebabkan peningkatan terhadap jualan kenderaan negara.

Malah permintaan jenama tempatan seperti Perodua dan Proton merangkumi sehingga 60% jualan dalam negara selain menikmati inisiatif yang lebih baik dari pihak kerajaan. Pengenalan model baru seperti kereta elektrik pada harga mampu milik juga melonjakkan permintaan dalam negara terhadap teknologi baru

Bagi pasaran Thailand, jualan tahunan mereka merosot sebanyak 25% bagi suku pertama 2024 berbanding dengan suku pertama tahun 2023. Thailand berhadapan dengan masa yang sukar seperti peningkatan jumlah pinjaman tidak berbayar dan keengganan pengguna untuk berbelanja disebabkan sentimen ekonomi

Google ads
Back to top button