Artikel Pilihan

UJIAN MENUNJUKKAN “OIL ADDITIVES” SEBENARNYA MEROSAKKAN ENJIN

Oil additives dipasarkan sebagai produk yang sangat bermanfaat kepada enjin, dengan hanya menuangkan masuk ke dalam enjin ia didakwa mampu mengurangkan geseran, memanjangkan jangka hayat minyak peluncir, dan menyingkirkan semua enapan karbon bagaikan sihir.

Namun beberapa ujian makmal terhadap beberapa produk oil additives serta analisa pada keadaan sebenar menunjukkan produk ini sebenarnya lebih banyak membawa kerosakan berbanding dengan kebaikan

Saluran Youtube Motor Oil Geek telah menjalankan kajian yang mendalam bagi mencari kebenaran di sebalik dakwaan di atas. Pemilik saluran Youtube ii iaitu Lake Speed Jr. memiliki pengalaman selama 12 tahun sebagai pakar minyak pelincir di Joe Gibbs Racing.

Lake Speed memilih 9 jenama oil additives yang boleh dibeli di mana-mana kedai di Amerika bagi tujuan ini. Antaranya termasuklah Marvel Mystery Oil, Lucas Stabilizer, Rislone ZDDP Supplement, dan Seafoam yang merupakan jenama yang cukup popular.

Secara umum kita mengetahui bahawa minyak pelincir adalah sangat kompleks dengan semua bahan yang digunakan diformulasikan dengan tepat berdasarkan dapatan kajian selama berpuluh-puluh tahun. Ia dihasilkan di dalam makmal oleh jurutera pelincir bagi memenuhi parameter pergerakan enjin

Jika anda memasukkan oil additives ke dalam minyak pelincir, besar kemungkinan yang anda akan merosakkan mengganggu prestasi minyak pelincir termasuklah memendekkan jangka hayat minyak pelincir dan seterusnya menyebabkan lebih banyak kehausan antara komponen berlaku

Untuk ujian oksidasi, Lake Speed jenama seperti Lucas Stabilizer dan Marvel Mystery Oil meningkatkan kepekatan minyak pelincir dan seterusnya menjadikan formulasi asal minyak pelincir tidak seimbang yang akhirnya mengurangkan keberkesanan minyak pelincir.

Jenama Seaform pula akan menyebabkan kelembapan udara dari persekitaran masuk ke dalam minyak pelincir, menyebabkan ia mendidih pada suhu operasi enjin. Jenama Oil Extreme pula mengandungi bahan seperti kalsium dan sodium adalah bahaya kepada enjin dengan sistem suntikan bahan api terus, menyebabkan masalah LSPI (low speed pre-ignition) dan menyebabkan kerosakan serius pada enjin

Jenama Rislone pula mengandungi bahan berasid, menyebabkan keasidan minyak pelincir bertambah dan menjadikan enjin lebih mudah berkarat serta menghasukan alas bebola besi. Namun pada masa sama Lake Speed menemui bahawa fuel additives adalah lebih baik kerana mengandungi polyetheramine.

Bahan ini bertindak sebagai bahan cuci yang akan mencuci sistem suntikan bahan api dan membuang enapan karbon yang terhasil dalam silinder. Enapan karbon tadi akan mengurangkan volumetric efficiency serta menyebabkan masalah knocking.

Google ads
Back to top button