Artikel Pilihan

PROTON DAH BUAT KERETA ELEKTRIK 15 TAHUN LEPAS?

Walaupun kelihatan agak terlambat, sebenarnya Proton sudah pun mengorak langkah dalam penghasilan kereta elektrik sepenuhnya sekitar 15 tahun lepas. Pada ketika itu, Proton masih lagi memiliki firma kejuruteraan dan syarikat Lotus serta memiliki rezab simpanan yang cukup besar

Jika golongan BBNU (atau anak muda) masih ingat, Proton pernah menghasilkan sebuah kereta elektrik prototaip elektrik sepenuhnya dengan menggunakan cesi Proton Saga BLM. Apa yang menarik ialah Proton Saga EV tersebut dipasang dengan semua komponen elektrik bagi membolehkannya dipandu dalam mode elektrik serta dipadankan dengan gear manual 5 kelajuan

Proton Saga EV tersebut turut dipasang dengan bateri Lithium Ion Polymer 20kWh yang disimpan dalam ruang kargo, motor elektrik brushless yang menjana sehingga 168 kuasa kuda, jarak perjalanan sehingga 109km untuk satu pengecasan penuh.

Kajian Proton terhadap kereta elektrik ini diteruskan lagi dengan penghasilan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai Proton EMAS atau Eco Mobilty Advanced Solution pada tahun 2010. Ia dipadankan dengan bateri sebesar 16.5kWh dan juga 1200cc 3 silinder yang dibekalkan oleh Lotus Engineering.

Apa yang menarik enjin ini boleh diset pada 2 RPM bagi mengecas bateri. Pada 1500 RPM, enjin ini menjana 20 kuasa kuda dan 3500 RPM bagi menjana 45 kuasa kuda. Pecutan 0-96kuasa kuda dibuat dalam masa 14 saat dan halaju maksimum ditetapkan pada 169km/jam.

Namun kereta konsep ini tidak pernah direalisasikan, melainkan Proton memasuki era kejatuhan yang menyebabkan Lotus bertukar tangan dan Proton perlu mencari rakan teknikal serta pelabur baru dari Geely.

Idea untuk menghidupkan semula kereta elektrik Proton bermula selepas Geely mengumumkan mereka telah membangunkan SEA Platform atau nama penuhnya Sustainable Experience Architecture platform. Dan setakat hari ini kita sudah menerima produk yang diasaskan oleh platform ini yang dipasarkan sebagai Smart #1 yang menggunakan platform SEA2

Apa yang menarik ialah platform ini ditawarkan bagi pembangunan pelbagai model kenderaan dari segmen A, B, C, D dan juga E. Sudah tentu calon yang sesuai bagi Proton ialah platform segmen A yang dikenali sebagai SEA Entry. Ia boleh direka sebagai pacuan roda depan, pacuan roda belakang ataupun pacuan semua roda.

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang diperolehi melainkan kami yakin Proton akan menggunakan platform SEA2 yang sama seperti Smart ataupun SEA Entry yang maklumatnya masih sukar untuk dicari. Proton juga telah membuka sebuah Pusat Kajian dan Pembangunan (R&D) di Hangzhou pada 29 April yang lepas dan sudah pasti kereta elektrik pertama mereka akan dibangunkan disini.

Walaupun berkongsi platform dan akan dibangunkan secara serentak dengan model Geely, besar kemungkinan kereta elektrik pertama Proton akan menggunakan “top hat” atau rekaan atas berdasarkan input dan keperluan tempatan.

Untuk proses pemasangan pula, kami berpendapat ia boleh dibuat secara CKD (knock down disassemble) bagi memberi pendedahan kepada Proton proses penghasilan kereta elektrik. Komponen utama seperti motor elektrik, Battery Managent System dan juga bateri akan dihasilkan di China.

Proton meletakkan sasaran untuk melancarkan kereta elektrik pertama mereka menjelang tahun 2025, dan kami rasakan bagi menarik perubahan pelanggan untuk bertukar kepada trenkuasa elektrik. Agaknya kalau dengan harga sekitar RM 60,000 ke RM 90,000 orang akan beli tak?

Google ads
Back to top button