Artikel Pilihan

MAT SCOOT ADALAH JEJAKA IDAMAN DEKAD 90 AN – PERNAH TENGOK SKUTER ADA PEMAIN AUDIO?

Sekarang adalah zaman waisuku. Pergilah ke ceruk mana pun Y15 adalah motosikal yang digilai anak muda dan yang dah tak berapa muda. Ada yang menyenangkan mata memandang dan ada juga yang membuatkan kita rasa nak mencarut dengan bunyi dentuman ekzos yang entah apa-apa. Tapi dekad 90 an membuktikan kapcai jatuh di tangga kedua di belakang skuter.

Skuter dan mencetuskan fenomena pada ketika itu semestinya ialah Suzuki VS125. Inilah skuter yang menimbulkan ketidakpuasan kepada mat-mat kapcai. Ye lah, sebelum ni mana ada skuter yang boleh meninggalkan mereka di lampu isyarat sepantas VS125. Itu belum jumpa VS150 lagi tu.

Suzuki VS125 ini juga bertanggungjawab mencetuskan penubuhan pelbagai kelab skuter di serata Malaysia. Paling hip semestinya cover set yang diwarnakan dengan semburan grafik air brush macam-macam tema.

Tak cukup lagi? Mana lengkap kalau tak ada sound system yang berdentum-dentum sambil bawak menunggang beramai-ramai. Korang dok ram ekjos buluh waisuku bunyi meletup-letup tu memang mengundang makian je. Skuter? Ramai je yang layan. Memang jaranglah dengan mat scoot ni kena maki dengan pengguna jalan raya lain.

Modifikasi skuter ni pun bukan murah pun sebenarnya dan mencecah ribuan ringgit. RM1000 tahun 90 an mana sama dengan RM1000 sekarang bang. Set pinggan makan malam KFC tahun 90 an baru harga RM9.90!

Kos modifikasi skuter yang tinggi membuatkan ramai yang menganggap mat-mat scoot ni anak orang kaya. Adalah sebahagian tapi bukan semua. Itu belum lagi cewek-cewek yang menunggang skuter ni. Asyik ah. Semuanya genit-genit om.

Lagi satu kalau anak kluster kayangan dah tentu ramai yang pakai Gilera Runner. Itu baru skuter bangsawan. Cis, tiba-tiba rasa nak cari skuter balik. Siapa nak jual murah-murah sila angkat tangan.

Google ads
Back to top button