Motosikal

HANYA RM8,888 UNTUK SKUTER 205CC LENGKAP DENGAN ABS, TRACTION CONTROL DAN SKRIN TFT

Selain mendominasi Hall A di Malaysia Bike Show 2026, MForce Bike Holdings turut mencuri tumpuan dengan pelancaran skuter WMoto Griffin 205 yang dijual dengan harga hanya RM8,888. 

Kami mengikuti perkembangan Griffin 205 ini selama setahun ekoran MForce terlibat secara langsung dalam pembangunan skuter berkenaan bersama rakan kerjasama di China. 

Atas kertas, Griffin 205 ini dikuasakan enjin satu silinder 198.8cc dengan sistem penyejuken cecair yang berupaya menjana 19.4hp pada 8,250rpm dan 17.4Nm pada 6,250rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi CVT. 

Menariknya, walaupun enjin lebih besar dari SYM Husky 200 namun, skuter ini hanyalah seberat 126kg dan menawarkan ketinggian tempat duduk 790mm. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk ABS depan dan belakang, traction control (TCS), tangki bahan api berkapasiti 11L, fork teleksopik depan dan absorber berkembar belakang masing-masing dengan jarak gerak 75mm dan 60mm. 

Selain itu, skuter ini juga menawarkan meter TFT secara standard. 

Bagi pasaran tempatan, Griffin 205 ini akan bersaing dengan QJMotor AX200S, SYM Husky 200, Honda Vario 160 dan Yamaha NVX 155 SP. 

Google ads
Back to top button