Buletin

BIMS 2023: MITSUBISHI XPANDER CROSS FACELIFT 2023. LEBIH GARANG, BERMULA RM123K

Selain model konsep trak pikap XRT Concept, Mitsubishi Thailand turut mempamerkan model Xpander Cross facelift pada acara Bangkok International Motor Show (BIMS) 2023 yang masih berlangsung sekarang. 

Pernah muncul buat pertama kali paca acara a Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) tahun lalu, MPV berkenaan sudah pun dilancarkan secara rasmi ke pasaran Thailan sejak bulan lalu. 

Di Thailand, Mitsubishi Xpander Cross ditawarkan pada harga bermula 946,000 baht (RM123,100).

MPV itu masih menggunakan enjin 1.5 liter MIVEC 4A91 yang berupaya menjana kuasa 105PS pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000rpm. Enjin itu dipadankan dengan pilihan transmisi manual atau CVT yang menggantikan kotak gear automatik pada model terdahulu.

Seperti yang boleh dilihat, penampilan Xpander Cross nyata lebih agresif berbanding model standard. Ia menerima lampu utama jenis LED berbentuk T (lampu halogen untuk standard), lampu LED belakang dan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci. 

Masuk ke ruang kabin, jentera berkenaan menggunakan upholsteri kulit dengan jahitan benang putih, skrin infohibur bersaiz sembilan enjin bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, kluster meter LCD lapan inci, brek parkir elektronik, pendingin hawa digital, port pengecasan USB, soket kuasa 12V serta stereng dibalut kulit. 

 Aspek keselamatan pula terdiri daripada dua beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Aktif, Bantuan Mula Mendaki dan sistem kamera keliling.

Ciri Active Yaw Control (AYC) yang berfungsi mengawal daya brek antara roda kiri dan kanan mampu menambah baik prestasi pengendalian di selekoh dan kestabilan di atas jalan licin. Untuk makluman, teknologi tersebut adalah hasil kepakaran Mitsubishi di dalam sukan perlumbaan rali. 

Sistem suspensi asal juga telah ditala semula untuk memberi lebih kestabilan dan pemanduan yang selesa.

GALERI

Google ads
Back to top button