Buletin

MAXUS V80 2018 – VAN KOMERSIAL UNTUK APA JUA KEPERLUAN PERNIAGAAN ANDA

Westar Maxus semalam memperkenalkan model van terbaharunya, Maxus V80 2018 ke pasaran tempatan.

Hadir dalam dua varian iaitu V80 van penumpang dan V80 van panel, kenderaan itu dlihat mampu memenuhi keperluan pengendali perniagaan mahupun pengguna perseorangan.

Harga Maxus V80 adalah seperti berikut:

V80 van penumpang: RM128,067 (12 tempat duduk)

V80 van penumpang: RM129,067 (15 tempat duduk)

V80 van panel: RM108,685

V80 van semi panel: RM115,867

*harga di atas jalan termasuk insurans

Apa yang membuatkan kenderaan komersial itu sangat menarik adalah keupayaannya untuk diubah suai mengikut kehendak pelanggan. Antara pelanggan yang sudah mendapatkan V80 termasuklah Eco Couch Travel and Tours, DHL, Federal Express dan FFM-Massimo.

Tidak ketinggalan, beberapa agensi kerajaan seperti Tentera Udara DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagi tahun 2018, Westar Maxus mensasarkan untuk menjual sekitar 200 unit V80. Sasaran itu ditingkatkan kepada 1,000 hingga 1,200 pada tahun depan.

V80 2018 pemasangan tempatan itu menerima penambahbaikan dari segi enjin, penjimatan bahan api dan ketahanannya. Van itu menggunakan khidmat enjin turbo diesel VM Mptori Eco-D bersesaran 2.5 liter.

Mampu menghasilkan kuasa 136PS dan tork 330Nm, enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan.

Sewaktu pelancarannya, saya sempat masuk ke dalam kabin V80 dan ia sangat luas. Anda boleh berdiri dengan selesa di dalamnya. Harus tahu bahawa V80 berjaya melepasi ujian keselamatan jalan raya ECE yang paling ketat.

Sempena pelancaran V80, Westar Maxus menawarkan insentif menarik kepada pelanggan iaitu servis percuma untuk jarak perbatuan sejauh 150,000km sehingga lima tahun dan jaminan selama tiga tahun.

Servis percuma itu melibatkan alat ganti, kos buruh serta minyak pelincir.

Westar Maxus juga sedang merancang untuk melancarkan V80 versi elektrik sepenuhnya yang dikenali sebagai EV80 dalam masa terdekat. Pengenalan itu adalah selari dengan insiatif hijau syarikat tersebut.

GALERI

Google ads
Back to top button