Buletin

CAM KINGO SERIES. VAN 15-18 TEMPAT DUDUK, BERMULA RM99K SEUNIT

R&A Marketing Sdn Bhd (sebuah anak syarikat Sendok Group) yang juga pengedar tunggal minivan King Long di Malaysia sejak tahun 2010 baru-baru ini melancarkan siri CAM Kingo, satu rangkaian van di bawah jenama King Long. 

KINGO Series ditawarkan pada harga bermula RM99,000 seunit. Sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran, kamera video pemanduan atau karpet eksklusif CAM akan diberi secara percuma. 

CAM Kingo hadir dalam empat varian dan menjadi rangkaian van paling lengkap di pasaran.

Ia terdiri daripada Kingo Ute Window (van asas 15 tempat duduk),  Kingo (van 15 tempat duduk spesifikasi comfort), Kingo Plus (van 18 tempat duduk spesifikasi comfort) dan Kingo Ute Panel, van panel bumbung setinggi 9.2 meter yang menjadi van panel paling besar dalam kelasnya. 

Didatangkan dalam pelbagai saiz dan spesifikasi, ia menawarkan nilai, versatiliti dan praktikaliti terbaik dalam apa jua aplikasi komersial. Penambahan siri CAM Kingo melengkapkan lagi tawaran van CAM sedia ada. 

Van CAM Kingo dikuasakan oleh enjin diesel Common Rail Turbo Intercooler Euro 3 bersesaran 3.0 liter yang mampu menjana kuasa maksimum 147hp dan tork 370Nm. 

Ia dilengkapi lampu nyalaan siang LED, lampu utama jenis projektor halogen, gril corak sarang lebah krom, rim aloi bersaiz 16 inci, 9 corong pendingin hawa untuk penumpang belakang, tepat duduk semi fabrik dan dua pintu gelongsor. Van itu juga hadir dengan ciri keselamatan seperti ABS EBD dan kamera undur. 

Jentera itu digunakan secara meluas sebagai kenderaan logistik, bas kilang, bas sekolah, van semi-panel, ambulan dan banyak lagi.

CAM Kingo disasarkan kepada pemilik perniagaan baru yang ingin menambah atau menaik taraf kenderaan sedia ada mereka

Van CAM Kingo hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km (mana-mana tiba dahulu) bagi pendaftaran peribadi & komersial. Ia juga disokong oleh hotline 24/7, servis tunda percuma dalam tempoh jaminan dan 65 pengedar CAM di seluruh negara. 

Dalam perkembangan berkaitan, Sendok Group juga meraikan ulang tahun ke-10 kerjasamanya dengan Xiamen King Long United Automotive Industry Co., Ltd.

Tags
Google ads
Back to top button