Artikel Pilihan

MAZDA MX-30 e-SKYACTIV REV, DILENGKAPI DENGAN ENJIN ROTARI 830CC

Buat pertama kali dalam sejarah pengeluaran Mazda, enjin rotari mula kembali dihasilkan oleh pengeluar kereta yang berpusat di Hiroshima ini. Tapi anda janganlah terlalu berharap yang ia akan menjadi sebuah kereta sport kerana enjin ini akan dipasang pada kereta elektrik MX-30 REV

REV membawa maksud Range Extender dimana enjin rotari ini akan bertindak sebagai pengecaj bateri sistem kereta dan tidak akan memacu enjin secara langsung. Bagi Mazda MX-30 yang biasa, ia akan dipasang dengan bateri sebesar 35.5 kWh yang membolehkan ia dipandu sejauh 200km untuk satu pengecasan penuh.

Bagi model REV, ia akan dibekalkan dengan bateri yang lebih kecil iaitu sekitar 17.8kWh sahaja yang membolehkan ia dipandu sejauh 85km sahaja. Jadi enjin rotari ini akan dipasang bagi mengecaj bateri sistem dan memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh

Dengan sesaran sekitar 830cc, enjin rotari satu rotor ini akan menjana 74 kuasa kuda dan mengecaj bateri sistem serta membantu motor elektrik dalam pecutan maksima. Tapi yang menariknya enjin ini tidak akan disambungkan pada roda kenderaan secara terus

Motor elektrik yang dipasang pula akan menghasilkan sekitar 143 kuasa kuda. Secara keseluruhan sistem hibrid ini akan menjana sehingga 168 kuasa dan 226Nm tork bagi membolehkan pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa 9.1 saat walaupun berat MX-30 REV mencecah 1800kg. Halaju maksima pula dihadkan kepada 140km/jam

Sistem REV ini mmebolehkan MX-30 dipandu sejauh 600km apabila bateri telah dicaj penuh dan tangki petrol sebesar 50 liter dipenuhkan. Mazda memberikan data pelepasan gas karbon dioksida 21gram/km. Apabila dicaj dengan menggunakan pengecas pantas DC 36kW, ia boleh dipenuhkan dalam masa 25 minit sahaja

Tapi jika anda mengecaj di rumah dengan menggunakan pengecaj 7kW, masa akan bertambah kepada sejam 30 minit. Mazda menegaskan enjin rotari diperkenalkan semula disebabkan ratio kuasa enjin kepada saiz yang bagus. Rotor yang digunakan hanyalah selebar 86mm dengan saiz radius 120mm

Yoshiaki Noguchi iaitu pengurus kanan pembangunan trenkuasa Mazda menegaskan terdapat 3 cabaran utama apabila REV dibangunkan. Antaranya ialah penggnaan bahan api, berat enjin dan ketahanan enjin terutama Apex seal

Enjin ini juga 15kg lebih ringan berbanding dengan enjin Renesis yang digunakan oleh Mazda RX-8 satu ketika dulu, dipadankan sistem suntikan bahan api terus dan sistem EGR . Nisbah mampatan pyla dinaikkan kepada 11.9, satu angka yang tinggi bagi enjin rotari

Google ads
Back to top button