Buletin

KERETA TERBAKAR LANGGAR LORI, DUA RENTUNG

Dua rentung selepas kereta yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Datuk Sharif Ahmad, Jalan Temerloh, Kuala Krau, hari ini. Dalam kejadian 10.48 pagi itu, kereta dan lori itu masing-masing terbakar.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, terdapat dua mangsa tersepit di dalam kereta itu.

“Kereta itu terbakar 100 peratus manakala lori mengalami kemusnahan 80 peratus. Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau dan Temerloh dengan tiga jentera memadam kebakaran itu,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 11.46 pagi dan operasi mengeluarkan mangsa dijalankan.

Katanya, mangsa yang tersepit ditemukan rentung dan mayat diserahkan kepada polis. – Harian Metro

Google ads
Back to top button