Artikel PilihanBuletin

MAZDA MX-5 SPYDER & MX-5 SPEEDSTER DI SEMA 2015

Mazda memperkenalkan dua reka bentuk model konsep pada acara SEMA yang berlangsung di Las Vegas baru-baru ini.

Mazda-MX-5-Spyder-SEMA-2015-mekanika (8)

Dibina berasaskan kepada MX-5 Miata, model MX-5 Spyder dan MX-5 Speedster dilihat  membawakan falsafah kejuruteraan yang ringan, dinamik dan fokus ke satu tahap lebih ekstrem.

“MX-5 Spyder dan MX-5 Speedster tampil dengan reka bentuk radikal yang menyerlahkan kekuatan utama MX-5,” kata Pengurus Reka Bentuk Operasi Mazda Amerika Utara, Ken Saward.

Mazda-MX-5-Spyder-SEMA-2015-mekanika (6)

MX-5 Spyder merupakan satu interpretasi sofistikated sebuah roadster vintaj klasik yang direka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan ketika bumbung dibuka. Bumbungnya dibangunkan oleh pihak American Sunroof Corporation (ASC). Manakala fabriknya pula dibekalkan oleh Haartz.

Jentera itu diserlahkan lagi dengan warna perak Mercury Silver yang dibangunkan khas, aerokit gentian karbon, gril intake, penutup badan dan rim Yokohama ADVAN Racing RS II bersaiz 17 inci yang ringan.

Mazda-MX-5-Spyder-SEMA-2015-mekanika (7)

Sementara bahagian kabin dibalut kulit asli Spinneybeck “PRIMA”. Sekali gus memberikan ambien vintaj ketika memandunya.

Mazda-MX-5-Speedster-SEMA-2015-mekanika (3)

MX-5 Speedster pula mengimbau kembali keunggulan kereta sports tahun 1950-an. Jentera itu dipasang dengan rim RAYS Extreme Gram Lights bersaiz 16 inci yang cukup ringan.  Ia nyata menonjol dengan warna biru cair.

Mazda-MX-5-Speedster-SEMA-2015-mekanika (4)

Modifikasi MX-5 Speedster termasuklah suspensi coil over boleh laras yang membuatkannya 30mm lebih rendah berbanding model standard. Ekzos Racing Beat, ruang kabin dibalut kulit Alcantara berwarna hitam, tempat duduk Mu-Len Delta dan pintu gentian karbon.

Google ads
"
"
Back to top button