Artikel PilihanBuletin

MERCEDES AMG ONE HYPERCAR, DIUJI DI KAWASAN ALTITUD TINGGI

Project mega Mercedes AMG One telah pun terlewat hampir 2 tahun dari jadual asal dan gambar terbaru yang diambil oleh paparazzi menunjukkan hypercar ini giat diuji oleh pasukan jurutera Mercedes. Terbaru pasukan Mercedes menguji jentera AMG One ini di kawasan altitud tinggi dengan laluan merentasi pergunungan Eropah

Pasukan konvoi tersebut dilihat merentasi jalan pergunungan dengan laluan mendaki yang curam pada halaju tinggi. Berdasarkan situasi, kami menjangka AMG One ini diuji untuk melihat kesan pemgurangan gas oksigen yang semakin menipis di kawasan altitud tinggi pada prestasi enjin V6.

Mengikuti rapat AMG One ialah sebuah SUV Mercedes AMG G63 sebagai kenderaan pengiring. Gambar ini juga jelas menunjukkan rekaan DRL, serta rekaan akhir panel badan AMG One sebelum ia dihasilkan dalam kuantiti terhad iaitu 275 unit sahaja.

Menurut boss Mercedes-AMG Philipp Schiemer penghasilan kereta hypercar ini menunjukkan kemampuan Mercedes AMG sebagai pengeluar kereta mewah prestasi tinggi dan merapatkan hubungan antara F1 dengan kereta jalanan yang boleh dipandu secara sah dengan enjin F1.

Google ads
Back to top button