
KENA ‘SIRAM’ PETROL. PADAH NAK ROMPAK ORANG ISI MINYAK
Rakaman video yang viral di laman sosial mungkin cara terbaik mengelak daripada menjadi mangsa rompakan ketika sedang mengisi minyak di stesen petrol.
Menurut laporan Daily Mail, video berkenaan yang dimuat naik di laman Reddit menunjukkan seorang pelanggan mengisi minyak dan didatangi sebuah van.
Pelanggan terbabit didatangi tiga lelaki memakai baju hoodie yang keluar dari van tersebut lalu menuju ke arah mangsa untuk menyerangnya.
Bagaimanapun, mangsa tidak teragak-agak ‘menyiram’ petrol pada suspek untuk menyelamatkan diri.
Dua daripada lelaki terbabit melarikan diri manakala seorang lagi melompat masuk pada tempat duduk pemandu kenderaan mangsa.
Difahamkan, mangsa terus melawan lelaki tersebut bagi mengelak kenderaannya dibawa lari.
Tindakan mangsa menyebabkan pemandu van dan tiga lelaki berkenaan melarikan diri dari tempat kejadian.
Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku selepas, mereka melarikan diri tetapi kejadian dipercayai berlaku di Chile dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV). – dailymail
- BACA: LORI BAWA IPHONE, APPLE WATCH BERNILAI RM27 JUTA DIROMPAK DI UK
- BACA: VAN BAWA WANG JUALAN MARIJUANA DIROMPAK. KERUGIAN DIANGGARKAN LEBIH RM590K!
- BACA: MINTA BAKI TAMBANG LEBIH AWAL, LELAKI DI JEPUN DITAHAN ATAS TUDUHAN MEROMPAK
- BACA: PEROMPAK ANGEL NIETO DI SEPANG MOTOGP DIBERKAS. KOMPONEN BERNILAI RM75K DITEMUI SEMULA






