Modifikasi

MERCEDES-BENZ 230CE COUPE – LAGENDA PLAYBOY MASA LALU

Di masa lalu, persaingan kereta mahal tidak syak lagi hanya melibatkan dua gergasi dari Jerman, BMW dan Mercedes-Benz. Tapi yang jelas, jenama Mercedes sedikit lebih menonjol. Masakan tidak, jenama Mercedes ini lebih kerap muncul di layar perak di samping pelakon utama, Badul misalannya.

BACA : MERCEDES-BENZ W115 KLASIK

BACA : MERCEDES-BENZ C-CLASS COUPE

Dan apa yang Brader Karrager paparkan ini adalah sebuah Coupe milik pembuat kereta premium dari Jerman. Mercedes-Benz 230CE keluaran tahun 1987. Kalau ikut umur, nampak macam dah tua sangat dah. Tapi percayalah, kereta masih kelihatan kacak dan bergaya seumpama Faizal Hussien.

Kereta yang berwarna Merah Dunhill ini sebetulnya dimiliki oleh seorang pemuda, Muhamamd Khairul Anwar Onn yang merupakan seorang penjawat awam di Segamat. Kalau tengok gaya, macam sebaya aja beliau dengan kereta Coupe miliknya.

Sebagai sebuah kereta yang telah dimamah usia, sudah tentu Khairul tidak lagi boleh mengharapkan keadaan seadaanya sewaktu beliau memutuskan untuk meminang Coupe ini. Kerja – kerja restorasi dan modifikasi harus dijalankan dengan teliti.

Untuk enjin, beliau memutuskan untuk mengekalkan dan menjalankan kerja – kerja penukaran perkakasan yang sudah lusuh dan usang. Untuk menambahkan ke-hensem-an kereta ini, Khairul telah memadankan Sport Rim BBS bersaiz 18. Dengar khabar rim ini bukanlah murah juga. Lepaslah kalau nak beli Demak LC dua biji. Menurut Khairul lagi, beliau turut menggunakan Nut Angin tayar Brabus. Benda alah kecil ini pun lepas kalau buat belanja pergi honeymoon di Langkawi.

Lain – lain modifiaksi yang telah dijalankan di bahagian luaran meliputi kid badan, skirting dan juga spoiler dari Wald. Manakala di ruangan kabin, Khairul sekali lagi bertindak waras apabila memilih untuk cuba mengekalkan tema asal. Tiada skrin sesentuh bersaiz Ipad. Cuma balutan kulit tempat duduk yang usang telah diganti baharu. Baru selesa sikit iya tak?

Manakala sistem ekzos Remus yang dipasang pula mampu mengalunkan irama syahdu yang merdu tanpa menyakitkan gegendang telinga.

Khairul yang telah memiliki Coupe ini selama empat tahun kini pasti boleh berasa bangga setelah melihat hasilnya. Duit pun dah banyak habis. Kalau dahulu tiada siapa yang sudi memandang.

Ni kalau pergi Valet Pavilion confirm orang ingat Dato. Iya tak?

Google ads

B K

Back to top button