Modifikasi

MERCEDES-BENZ W115 KLASIK

Ini ialah kereta moden pada zamannya selepas Perang Dunia Kedua, ibarat Corolla atau Civic di Jepun. 115 (dan 114 coupe) ialah kereta produksi massa yang telah mengubah wajah Mercedes-Benz pada hari ni. Maksudnya, kalaulah 115 dan model gantiannya 123 tak laku, mungkin dah lama Mercedes-Benz bankrap. 

17

Pada tahun 1968, Mercedes-Benz AG telah mengambil keputusan untuk membuat kereta secara serius bagi pasaran antarabangsa. Mereka memanggilnya ‘slash eight’ (/8) yang merujuk pada tahun bermulanya era moden Mercedes-Benz di pasaran dunia.

W115 ialah model serba baru dan tidak menggantikan mana-mana model dalam barisan pengeluaran. Format rekaan 3 kotak (3 boxes) juga adalah idea baharu pada masa itu. Citroen dengan Alfa masih sibuk dengan casis ladder dan monocoque yang pada ketika itu punyalah canggih dan rumit sekali untuk membuatnya.

SONY DSC

Jurutera yang dilantik untuk projek ini ialah Paul Bracq. Dia mencurahkan beberapa teknologi baru seperti penggunaan semi trailling untuk lengan ayun suspensi belakang dan kendalian jenis ball joint di depan. Kalau anda nak tahu, lay-out ini digunakan pada semua barisan pengeluaran Mercedes-Benz sehinggalah ia digantikan dengan suspensi multilink pada 1980-an.

Kereta Mercedes-Benz W115 ini dimiliki oleh Abd Razak. Pakcik ini ialah peminat tegar Mercedes-Benz. Sebabnya, dari hari pertama memiliki kereta ini, niat asalnya nak buat semuanya dalam keadaan original.

15

Sebagaimana yang kita tahu, kebanyakan W115 yang ada di atas jalan dijadikan teksi. Jentera ini menggunakan enjin petrol asal M115 berkapasiti 2,000cc. Kena bagitahu kerana W115 kebanyakannya menggunakan enjin diesel OM625 dan OM616.

Enjin lama tak sama macam enjin moden sebab konfigurasinya ialah jenis OHV (Overhead valve) atau dikenali sebagai enjin push rod. Enjin baru semuanya Overhead camshaft senang cakap.

13

OHV ini aci sesondolnya dipasang dalam blok selinder yang biasanya sebelah atas crankshaft. Untuk menghentak injap kepada omboh, OHV menggunakan push rod. Lifter dan retainers dipasang di antara camshaft dan push rod tadi. Mekanikalnya hampir sama dengan OHV, tetapi putaran OHC lebih ringkas dan kurang komponen.

Walaupun sudah sama usia dengan saya, enjin ini nampaknya masih dapat berkhidmat dengan begitu cemerlang.  Enjin otai ini dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.

SONY DSC

Semua komponen bahagian mekanikal kereta diganti dan dipulihkan mengikut spesifikasi asal. Ini termasuklah penyerap hentak yang diganti baru. Naik kereta ini dalam keadaan direndahkan pun tidaklah sakit pinggang. Tempat duduk W115 ini siap ada spring lagi. Brek dan semua hos dan lining diganti baru dengan alat ganti asli.

Rim besi 14 inci digantikan dengan rim 15 inci tulen Mercedes-Benz  lengkap dengan hub cap tengah yang dicat selari dengan warna badan. Abd Razak tidak sukakan rim berkilat-kilat atau atau olskul sebab dia juga guna kereta ini pergi masjid.

SONY DSC

Abd Razak punya taste warna memang tak kalah. Warna merah Ferrari ini dari Jempol pun dah boleh nampak bila dia datang. Biasanya kereta sebegini masih OK lagi kondisi badannya. Cuma perlukan tukang cat yang mahir untuk buat undercoat dengan betul.

SONY DSC

Paling seronok bila tengok bahagian dalaman kereta yang kemas dan selari  temanya. Tidak ada meja VIP dengan botol kicap, rantai basikal atau dulang astro. Abd Razak memulihkan semula ruang dalaman kereta ini dengan balutan kulit baru, stereng olskul dan baunya pun memang aroma kereta-kereta lama.

[hr]SPESIFIKASI

Model: Mercedes-Benz W115 / 230

Enjin: M115, 2.0 liter 4 silinder, petrol, OHV

Kotak gear: Empat kelajuan

Suspensi: Original Mercedes-Benz W115

Rim: Original Mercedes-Benz dengan hub ori 15 inci

Tayar: Michelin 185/70/15

Dalaman: Full restored W115 standard kilang

Luaran: Full restored W115 standard kilang

[hr]GALERI 

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC16

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button