Buletin

MERCEDES-BENZ A-CLASS URBAN HUNTING ACTIVITY EDITION

Selepas kejayaan model A-Class generasi baru, Mercedes-Benz Malaysia menawarkan pula A-Class Urban Hunting ACTIVITY EDITION yang eksklusif. Model khas itu selari dengan pergerakan Urban Hunting yang meraikan budaya seni dan muzik di Malaysia.

“Pergerakan Urban Hunting diinspirasikan oleh kereta kompak Mercedes-Benz yang telah merevolusikan segmen kereta kompak premium. Terhad kepada 30 unit sahaja,  Urban Hunting ACTIVITY EDITION direka untuk meraikan budaya dan kepelbagaian pelanggan moden kami hari ini,” kata Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine.

Urban Hunting ACTIVITY EDITION dibina di atas model A 200 dengan reka bentuk serta peralatan varian urban. Ia hadir bersama ciri-ciri yang sporty seperti emblem ACTIVITY EDITION, pelekat berwarna hitam pada bahagian sisi, cermin sisi serta rim aloi sepuluh jejari bersaiz 18 invi yang dicat hitam bersama kemasan berkilat.

Pada ruang kabin, eksklusiviti itu diteruskan dengan gabungan kemasan kulit berwarna coklat dan hitam pada tempat duduk serta panel pintu. Lencana Urban Hunting ACTIVITY EDITION turut dilekatkan pada konsol tengah.

Pelanggan boleh memilih daripada lima warna iaitu putih, merah, perak, hijau dan biru.

A 200 Urban Hunting ACTIVITY EDITION ditawarkan pada harga RM205,888 seunit (OTR dengan GST, tidak termasuk insurans).

BACA: MERCEDES-BENZ X-CLASS TIBA HUJUNG 2017

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button