Buletin

MERCEDES-BENZ BERI DISKAUN ALAT GANTI SEHINGGA 30%, TUNDA PERCUMA DAN ANSURAN FAEDAH 0% KEPADA PELANGGAN TERJEJAS BANJIR

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini mengumumkan program bantuan banjir untuk membantu semua pelanggannya yang terjejas akibat bencana alam itu di seluruh negara. 

Sah sehingga 31 Januari 2022, MBM akan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus ke atas semua alat ganti. perkhidmatan menunda dan penilaian percuma, serta pelan pembayaran mudah sifar faedah. 

“Keselamatan pelanggan menjadi keutamaan kami. Bersama-sama rangkaian pengedar, kami komited untuk memastikan para pelanggan dan kenderaan Mercedes-Benz mereka mendapat bantuan sewajarnya dalam masa yang tidak dijangka ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Ekskutif MBM, Sagree Sardien. 

Pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pengedar Mercedes-Benz terdekat atau pusat khidmat pelanggan dan bantuan tepi jalan 24 jam di talian 1-800-88-1133. 

Google ads
Back to top button