Buletin

MANGSA BANJIR – HINO TAWAR PEMERIKSAAN PERCUMA, REBAT TUNDA RM500, DISKAUN SEHINGGA 50% UNTUK ALAT GANTI

Hino Motors Sales Malaysia (HMSM) menawarkan bantuan kepada semua pelanggan HINO yang terjejas akibat banjir di seluruh negara. 

Bantuan banjir itu dilihat dapat meringankan sedikit beban pelanggan yang perlu membaik pulih kenderaan HINO mereka secepat mungkin. Kempen tersebut bermula 21 Disember 2021 hingga dimaklumkan kelak. 

HMSM akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan secara percuma di semua pusat servis sah HINO. Jika perlu, pasukan teknikal HINO akan pergi ke lokasi pelanggan dan melakukan servis di sana. 

Pelanggan layak untuk menerima rebat menunda kenderaan ke pusat servis terdekat sehingga RM500. Mereka juga boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus ke atas alat-alat ganti tulen terpilih dan diskaun 2- peratus untuk kos buruh. 

“Tra kdan bas merupakan mode pengangkutan penting untuk membawa barangan serta orang ramai. Jadi, operasi pelanggan kami amat penting kepada masyarakat. Jadi, kami komited untuk membantu pelanggan yang terjejas,” kata Pengarah Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama. 

Google ads
Back to top button