Buletin

MERCEDES BENZ G-CLASS EDITION STRONGER THAN 1980s. KEMAIN PANJANG NAMA DIA

Para peminat jenama Mercedes Benz umumnya dan peminat model G-Class khususnya pasti akan berasa teruja dengan perkhabaran ini. Model Mercedes Benz G-Classs Edition STRONGER THAN 1980s adalah merupakan sebuah model istimewa yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan para peminatnya yang dihasilkan daripada versi pengeluaran ke 500,000 model G-Class ini apabila ia dikeluarkan dari barisan pengeluaran pada 2023.

Menampilkan gabungan skema warna yang cukup ikonik untuk model ini, elemen reka bentuk eksklusif dan perincian peralatan dari 280 GE yang legenda, jelas sekali menampilkan penampilkan seperti model yang asal cukup ikonik terhadap lagenda off-road itu.

Ia merupakan sebagai penghormatan terhadap siri model G-Class yang pertama W 460, yang menawan hati orang ramai pada tahun 1980-an dengan gabungan unik keupayaan off-road yang unggul – dan meletakkan asas untuk kisah kejayaan yang tiada tandingan dan status kultus ikon sebuah “Geländewagen” dari Jerman.

Menariknya juga Mercedes Benz G-Class Edition STRONGER THAN THE 1980s hanya akan ditawarkan dengan unit yang terhad, hanya dalam 460 unit sahaja sekali gus menjadikannya sebagai sebuah model yang pastinya menjadi buruan buat para peminat dan pengumpul G-Class di seluruh dunia.

Untuk model yang pastinya akan diburu kelak, Mercedes Benz sebetulnya turut menawarkan dua warna ikonik terhadap model G-Class ini. Satunya menampilkan warna Green Solid yang menggambarkan keteguhan dan semangat alam semula jadi yang cukup sinonim dengannya disamping menekankan keupayaan off-road yang luar biasa dari G-Class.

Manakala satu lagi warna, Colorado Beige Solid pula menampilkan warna hangat dan berpasir menyampaikan rasa pengembaraan dan kebebasan serta menekankan ciri serba boleh G-Class seperti di era tahun 1980-an.

Seiring dengan tema skema warna yang cukup ikonik dan penuh sejarah, maka ciri yang serupa turut diaplikasikan terhadap lampu isyarat membelok yang dikekalkan berwarna jingga.

Untuk kekal tampil retro, bahagian hadapan membabitkan, gril radiator serta bampar, ruang arch roda dan perumah cermin bahagian luar dihiasa dengan kemasan warna hitam magno malam, persis model G-Class yang pertama. Bahagian rim juga menampikan rekaan lima jejari yang klasik.

Walau pun bahagian dalam kabin masih lagi menampilkan ciri klasik namun ianya telah dilengkapi dengan ciri moden seperti balutan kulit Nappa untuk tempat duduk serta sistem bunyi canggih daripada Burmester.

Dan harga untuk model edisi terhad ini dijual pada harga £152,815 (RM891,314). Ok lah tu kan harga dia.

BACA : MERCEDES-BENZ G63 AMG – SIAPA BILANG G-CLASS INI TIADA LENCANA AMG?

BACA : MERCEDES-BENZ G-CLASS – MENELUSURI SEJARAH 45 TAHUN

Google ads

B K

Back to top button