Buletin

PANIK BATERI KERETA MELETUP DI STESEN MINYAK KLIA

Pemandu e-hailing berdepan detik cemas selepas kereta Proton Saga miliknya meletup ketika berada di stesen minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Kejadian berlaku sekitar jam 7 petang itu turut tular selepas beberapa video tersebar.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan pihak polis mendapati kejadian letupan itu disebabkan bateri kereta meletup.

Pemandu e-hailing terbabit sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Aeropolis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu tular dua video berdurasi satu saat dan satu minit 10 saat memaparkan detik cemas berlaku letupan di stesen minyak terbabit. – Harian Metro

Google ads
Back to top button