
MERCEDES-BENZ GLB-CLASS 2024 TIBA DALAM DUA VARIAN – HARGA BERMULA RM290K
Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Mercedes-Benz GLB-Class 2024 yang ditawarkan dalam dua varian GLB 200 dan GLB 250 4MATIC untuk pasaran tempatan.
Dari penggayaan, varian GLB 200 dipadankan bersama bampar hadapan yang direka semula, gril baharu empat jalur melintang, kit badan Progressive Line, sementara GLB 250 4MATIC, menerima gril dengan kemasan krom – satu jalur melintang, pakej AMG Line serta Night Package.
Varian GLB 200 diserlahkan lagi melalui rim aloi 5 jejari berkembar bersaiz 18-inci, manakala GLB 250 4MATIC dipadankan dengan rim aloi AMG bersaiz 19-inci.


Di bahagian dalam, GLB 200 dilengkapi skrin berkembar bersaiz 10.25-inci dengan sistem infotainment MBUX generasi NTG7 terkini dan ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto nirwayar serta, Intelligent Voice Assistant.
Perincian lain GLB 200 termasuklah port pengecasan USB-C dan kuasa pengecasan dipertingkatkan, tempat duduk balutan kulit, sistem pencahayaan ambien 64-warna serta kawalan iklim automatik.
Bagi GLB 250 4MATIC, ia mendapat beberapa tambahan seperti roda stereng sports balutan kulit Nappa serta tempat duduk balutan kulit Artico dan gentian Microcut.


Secara mekanikal, Mercedes-Benz GLB 200 dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 1.3 liter turbo, menjana 163hp dan 270Nm.
Nadi berkenaan dipadankan dengan kotak gear klac berkembar DCT tujuh kelajuan dan mempunyai daya pecutan 0-100 km/j hanya menelan masa 9.3 saat.
Mercedes-Benz GLB 250 4MATIC pula dijana oleh enjin empat silinder 2.0 liter turbo M260, menghamburkan 224hp dan 350Nm serta dipadankan dengan transmisi DCT lapan nisbah kelajuan.
Bagi varian GLB 250, ia hadir dengan ciri pacuan semua roda 4MATIC dan sistem hibrid BSG 48 voltan, sekaligus memberikan kuasa tambahan sebanyak 13.4hp dan 150Nm.
Ini menjadikan daya pecutan GLB 250 0-100 km/j adalah sepantas 7 saat sahaja.
Untuk ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan perincian seperti berikut:
- Parking Package
- Active Parking Assist
- Blind Spot Assist
- Exit Warning Assist
- Active Brake Assist
- Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS)
Untuk harga, Mercedes-Benz GLB-Class 2024 varian GLB 200 boleh dimiliki pada harga RM290,888, sementara GLB 250 4MATIC diberi tanda harga RM341,888.
GALERI:
GLB 200











GLB 250








- BACA: JETOUR TRAVELLER SILVER DRAGON WING DILANCARKAN DI CHINA – 254HP, HARGA BERMULA RM142K
- BACA: TERKINI: CFMOTO 500SR VOOM SAH MASUK MALAYSIA – ENJIN 4-SILINDER, 78HP
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 N CIPTA REKOD DI PIKES PEAK 2024!
- BACA: BERDOZEN TESLA CYBERTRUCK JADI MANGSA VANDALISME DI FLORIDA – MARAH BETUL NI


