Buletin

HYUNDAI IONIQ 5 N CIPTA REKOD DI PIKES PEAK 2024!

Hyundai IONIQ 5 N berjaya mencipta rekod di dalam kategori Electric Modified dan Electric Production SUV/Crossover perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) yang berlangsung pada 23 Jun.

IONIQ 5 N TA (Time Attack) yang dipandu pelumba Hyundai World Rally, Dani Sordo menamatkan perlumbaan dengan masa 9 minit 30.852 saat dan memenangi exhibition class.

Sebuah lagi IONIQ 5 N TA yang dipandu Randy Pobst menamatkan perlumbaan dengan masa 9 minit 55.551 saat.

2024 Pikes Peak International Hill Climb, June 23, 2024 Race Day, Middle Section, ©2024 Vlad Tyeryekhov/Rupert Berrington Action Photography

Model pengeluaran IONIQ 5 yang dipandu personaliti media, Ron Zaras mencatat masa 10 minit 49.267 saat. Ron Zaras pertama kali berlumba di dalam PPIHC.

Ketiga-tiga pelumba dan kereta berjaya menakluk puncak dengan mendaki 156 selekoh dan laluan sejauh 20 kilometer (km) sehingga melebihi ketinggian 4,700 kaki. 

Bukan sahaja laluan, keadaan cuaca yang tidak dijangka dan ketinggian juga boleh menjejaskan pelumba dan kereta.

Walaupun tampil dengan kit badan agresif i, IONIQ 5 N TA Spec bersaing tanpa pengubahsuaian besar kecuali penalaan kecil perisian bagi meningkatkan kuasa motor dan penggantian beberapa perkakasan.

IONIQ 5 N yang dipandu Ron Zaras pula tampil bersahaja tanpa pengubahsuaian.

Hyundai sepatutnya menghantar sebuah lagi IONIQ 5 N namun tidak diteruskan selepas pelumbanya mengalami kecederaan dalam sesi latihan.

2024 Pikes Peak International Hill Climb, June 23, 2024 Race Day, Middle Section, ©2024 Vlad Tyeryekhov/Rupert Berrington Action Photography

Rekod terpantas PPIHC 2024 dicatatkan oleh Ford F-150 Lightning SuperTruck dengan masa 8 minit 53.553 saat dan satu-satunya jentera yang berjaya habis di bawah sembilaan saat.

Rekod tersebut dicatat selepas pikap itu mengalami masalah pada peringkat awal dan kehilangan masa.

Tahun lalu, Ford SuperVan elektrik mencatat masa 8 minit 47.682 saat.

Hyundai tidak asing di dalam perlumbaan PPIHC dan pertama kali bersaing pada 1992. Rod Millen menang kategori 2-Wheel Drive Showroom Stock dengan masa 13 minit 21.17 saat.

Satu lagi penyertaan membanggakan dibuat pada 2012 apabila Rhys Millen memandu Hyundai Genesis Coupe dan mencatat rekod 9 minit 46.164 saat.

2024 Pikes Peak International Hill Climb, June 23, 2024 Race Day, Middle Section, ©2024 Vlad Tyeryekhov/Rupert Berrington Action Photography

Spesifikasi IONIQ 5 N TA (Time Attack) Spec:

Sistem kuasa elektrik (PE) 
  • Sistem PE IONIQ 5 N produksi
  • Motor sehingga 687 ps (penalaan perisian)
  • Bateri 84 kWj
  • Penyongsang silikon karbida dua peringkat

Sistem pengecasan

  • Sistem pengecasan IONIQ 5 N produksi
  • 800V, 400V sistem pelbagai pengecasan
  • Kelajuan pengecasan tertinggi: 350kW
  • Tempoh pengecasan 10 – 80% dalam masa 18 minit

Suspensi dan brek

  • Penyerap hentak tiga larasan
  • Larasan ketinggian dan kamber
  • Angkup brek dan pad brek perlumbaan (6 omboh depan, 4 omboh belakang)

Luaran

  • Pakej aerodinamik eN1 untuk PPIHC (Pikes Peak)
  • Rim perlumbaan 18 inci 11J
  • Tayar lumba Yokohama ADVAN 005

Gambar: ©2024 Vlad Tyeryekhov/Rupert Berrington Action Photography

Google ads
Back to top button