BERDOZEN TESLA CYBERTRUCK JADI MANGSA VANDALISME DI FLORIDA – MARAH BETUL NI
Jumaat lepas, beberapa dozen Tesla Cybertruck yang diletakkan di kawasan pakir Fort Lauderdale, Florida telah menjadi mangsa vandalism. Hampir kesemua Cybertruck yang terlibat disembur dengan semburan cat bertulis frasa mencarut “Fxxx Elon”. Aduh kuat betul budaya mencarut kat sana. Kalau tak suka kat orangnya kenapa kau pergi conteng kat kereta-kereta baru tu.
Entah kenapa Cybertruck antara model keluaran Tesla yang menarik banyak perhatian tetapi dari sudut yang negative. Mungkin sebab rupanya yang lain dari yang lain ataupun dengan bahasa mudah ‘tak cantik’. Apa pun itu subjektif sebenarnya. Ada je kawan baik kami yang pakai Tesla.
Polis Fort Lauderdale tidak memberikan komen mereka namun dalam satu perkongsian dengan portal berita di sana, dikatakan 34 unit Cybertruck telah menjadi mangsa vandalism. Fuh, banyak pulak modal dia beli cat sembur ya.
Trak-trak EV tersebut diletakkan di kawasan pakir Victoria Park dan tidak mempunyai kamera pengawasan atau kamera litar tertutup. Tak perlu pun sebenarnya sebab setiap unit Cybertruck mempunyai sembilan unit kamera tapi belum dapat dipastikan sama ada kejadian tersebut berjaya dirakam ataupun tidak.
Tidak ada kerosakan fizikal pada badan kenderaan semburan cat yang membentuk tulisan grafiti mencarut. Rasanya kesan semburan cat itu mudah sahaja untuk dibersihkan sebab kebanyakan Cybertruck dikeluarkan dari kilang dengan panel badan aluminum yang digilap. Kira tak cerdik juga la mamat yang buat kerja ni.