Buletin

JETOUR TRAVELLER SILVER DRAGON WING DILANCARKAN DI CHINA – 254HP, HARGA BERMULA RM142K

Setelah memperkenalkan Jetour Traveller Silver Dragon Wing pada Januari lalu, JMK kini secara rasmi melancarkan jentera tersebut di pasaran China.

Traveller Silver Dragon Wing berasaskan Jetour Traveller 4WD Crossing Pro+ trim, dengan konsep reka bentuk Space Punk, yang dilancarkan pada Januari tahun ini.

Jentera ini telah mengalami 40 penambahbaikan, termasuk bampar hadapan baharu, penutup pelindung untuk lampu belakang serta, pintu belakangnya dibuka ke tepi.

Satu lagi penambahbaikan utama Silver Dragon Wing ialah rim anti-gelincir dengan tayar off-road serba guna 255/55 R20, manakala Jetour Traveller standard menggunakan tayar 255/60 R19.

Ciri-ciri lain termasuklah platform bumbung pelbagai fungsi dengan titik pengecasan, tangga boleh lipat, dan kotak simpanan yang disesuaikan di kedua-dua sisi.

Dari segi dimensi pula, Traveller Silver Dragon Wing berukuran 4,782/2,036/1,960 mm dengan jarak roda 2,800mm.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi skrin kawalan pusat 15.6-inci yang dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155 serta panel instrumen LCD penuh 10.25-inci.

Perincian lain termasuklah roda stereng dipanaskan, bumbung panorama 64-inci, sistem audio Sony 12-pembesar suara dan Face ID.

Bagi bantuan pemanduan, ia didatangkan bersama kawalan jelajah adaptif penuh, parkir autonomi, amaran keluar lorong, amaran perlanggaran hadapan, brek aktif, bantuan kekal lorong, pengekalan lorong dan paparan tekanan tayar.

Beralih pada kuasa, ia dijana oleh enjin 2.0T yang dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan, menghasilkan 254hp dan 390Nm tork.

Ia juga dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda automatik pintar BorgWarner XWD, yang boleh merealisasikan pengagihan tork roda belakang automatik selain, disokong oleh mod pemanduan 6+X.

Untuk harga, Traveller Silver Dragon Wing diberi tanda harga AS$30,300 (RM142,673) dan terhad kepada 3,000 unit sahaja.

GALERI:

Google ads
Back to top button