
MERCEDES-BENZ GLC350e 4MATIC 2024 DILANCARKAN: HARGA BERMULA RM398K
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru-baru ini telah melancarkan GLC350e 4Matic yang dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang, ditawarkan dengan tanda harga bermula RM398,888.
GLC350e hadir dengan kelengkapan yang sama dengan GLC300, tampil kit badan AMG Line, rim AMG 20-inci, lampu Digital Light dan bumbung suria panoramik.
Di dalam kabin, ia dilengkapi dengan skrin sentuh infotainment 11.9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Perincian lain termasuklah panel instrumen 12.3-inci, dan sistem audio Burmester 3D, kemasan mikrofiber Microcut serta diserlahkan lagi melalui upholsteri kulit Artico.

GLC350e menawarkan ruang but 490 liter, iaitu kecil berbanding ruang but GLC300, 620 liter.
Pengganti GLC300 ini dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder, menghasilkan 204PS pada 6,100rpm dan 320Nm dari 2,000 hingga 4,000rpm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama sebuah motor elektrik yang menjana 135PS dan 440Nm, memberikan kuasa keseluruhan berjumlah 313PS dan 550Nm.
Dengan transmisi 9G-Tronic, GLC350e boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 218 km/j.

Motor elektrik tersebut mendapat bekalan tenaga daripada bateri voltan tinggi berkapasiti 25.4kWj, menawarkan jarak gerak elektrik sejauh 131km mengikut kitaran WLTP.
Bagi pengecasan, bateri tersebut menyokong pengecasan AC 11kW.
GLC350e turut dilengkapi sistem Driving Assistance Package Plus yang merangkumi ciri-ciri seperti berikut:
- Active Distance Assist DISTRONIC
- Active Lane Keeping Assist
- Active Stop-and-Go Assist
- Active Steering Assist
- Active Brake Assist
- Active Lane Keeping Assist
- Active Blind Spot Assist
Turut disertakan adalah ciri Parking Package dengan kamera 360 darjah dan Active Parking Assist dengan PARKTRONIC.
Seperti dinyatakan diatas, GLC350e 4Matic boleh dimiliki pada harga bermula RM398,888 (OTR tidak termasuk insurans).
GALERI:























- BACA: EON MENONGKAH ARUS PERUBAHAN DIGITAL DAN MASA DEPAN AUTOMOTIF
- BACA: CHERY iCAR V23 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI DI CHINA – JARAK GERAK SEHINGGA 500KM, HARGA BERMULA RM77K
- BACA: KEMUNGKINAN DIDENDA, INDUSTRI AUTOMOTIF EU BAGI AMARAN JUTAAN PEKERJAAN TERANCAM
- BACA: CIMA2024: VOGE RR660S DEBUT DI CHINA – 99.2HP, 64NM