
MERCEDES RANCANG ENJIN V8 BAHARU- M179 LEBIH 800HP
Mercedes berdepan kritikan hebat apabila mereka meninggalkan enjin V8 M177 untuk AMG C63 terbaru. Walaupun terdapat khabar angin mengatakan enjin V8 lama akan kembali untuk AMG C63, namun ia dinafikan oleh Mercedes
Sebaliknya jenama ini merancang untuk membangunkan enjin V8 terbaru menjelang tahun 2027. Ia adalah V8 yang dipadankan dengan teknologi elektrik khusus untuk model prestasi berdasarkan platform AMG.EA.
Ia sepatutnya merupakan susulan semula jadi kepada M177, yang dilancarkan pada 2014. Dalam tempoh 11 tahun sejak penampilan sulungnya, enjin 4.0 liter V-8 turbo M177 telah dipasang untuk pelbagai model, mencapai output puncak sebanyak 720 kuasa kuda dalam kereta berlencana Mercedes AMG GT Black Series. Aston Martin Valhalla menggunakan variasi enjin yang sama, namun ditala kepada 817 hp.
Dengan Aston Martin sudah melepasi paras 800 kuasa kuda, maka tidak hairanlah Mercedes-AMG menjanjikan enjin V8 yang sedang dibangunkan ini lebih kuasa daripada V-8 seterusnya. Tanpa mendedahkan secara spesifik, Pengarah Pembangunan Kenderaan AMG Steffen Jastrow memberitahu enjin V8 terbaru akan menghasilkan kuasa lebih tinggi dari 800 kuasa kuda.
Enjin M179 juga akan bertindak balas lebih pantas kepada input pemandu dengan tindak balas pedal yang dipertingkatkan. Ia juga akan menjadi lebih bersih untuk memenuhi peraturan Euro 7 yang akan datang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AMG Michael Schiebe dalam temu bual beberapa bulan lalu, enjin baharu itu dijangka kekal dalam pengeluaran sehingga dekad akan datang.
Sementara itu, enjin V8 M177 sekarang masih mempunyai baki hayat di dalamnya, kerana AMG GT Track Sport mungkin menggunakan M177/M178 yang dikemas kini. Schiebe menjelaskan bahawa “masih ada pelanggan yang hanya mahukan V8 tulen tanpa motor elektrik”.
Sama ada model C-Class generasi akan datang akan menggunakan enjin V8 kembali untuk varian C63 adalah terlalu awal untuk dijangka. Tetapi penerimaan suam-suam kuku model empat silinder mendedahkan peminat lebih menyukai enjin V8 pada model C63.
Bos AMG mengakui syarikat itu telah pelanggan tetap selepas mengurangkan separuh kiraan silinder, sambil menambah bahawa teknologi di sebalik enjin 2.0 liter elektrik walaupun lebih berkuasa tapi gagal menambat hati mereka. Enjin M139L juga menjadi terlalu rumit untuk digunakan dalam model C63 dan model GLC 63.
Enjin V8 M179 yang dibangunkan ini bagaimanapun tidak akan menjadi enjin petrol terbesar Mercedes. Sebaliknya gelaran ini kekal untuk enjin V12 6.0 liter, turbo berkembar M279 yang ditawarkan hanya dalam Maybach S-Class dan S-Class Guard berperisai yang kurang dikenali.

