Buletin

MG 07 HIBRID COUPE DIPERKENALKAN DI CHINA – JARAK GERAK 1,745KM, ANGGARAN HARGA LEBIH RM75K

SAIC secara rasmi memperkenalkan varian plug-in hybrid (PHEV) bagi MG 07 menerusi laman web rasminya di China.

Walaupun harga model hibrid ini masih belum diumumkan, versi elektrik sepenuhnya (EV) telah memulakan tempahan awal pada penghujung Julai lalu dengan harga permulaan sekitar 125,900 yuan (kira-kira RM75,000).

MG 07 Hybrid Coupe ditawarkan dalam dua varian iaitu 245 Comfort Edition dan 245 LiDAR Edition. Dari segi dimensi, model ini mengekalkan ukuran yang sama seperti versi EV dengan panjang 4,886mm, lebar 1,900mm, tinggi 1,478mm serta jarak roda 2,858mm.

Pelanggan turut boleh memilih daripada beberapa pilihan warna termasuk;

  • Morello Purple
  • Milia Pink
  • Salt Lake White
  • Oxford Blue
  • Nottingham Grey
  • California Blue

Di bahagian kabin, MG 07 Hybrid Coupe dilengkapi bumbung panoramik dengan lapisan perlindungan haba dan sinaran matahari, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas serta pengudaraan, pencahayaan ambien 256 warna yang responsif kepada muzik, serta pengecas telefon pintar tanpa wayar 50W.

Turut disediakan ialah pintu but belakang elektrik pintar, panel instrumen digital bersaiz 8.88-inci dan skrin infotainmen utama 15.6-inci yang menjadi pusat kawalan pelbagai fungsi kenderaan.

Jentera ini menggunakan sistem plug-in hybrid yang menggabungkan enjin hibrid 1.5 liter bersama motor elektrik DMH, dipadankan dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) keluaran CATL.

Gabungan sistem tersebut membolehkan MG 07 mencapai jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 245km mengikut kitaran CLTC, manakala jarak keseluruhan mencecah sehingga 1,745km.

Motor elektriknya menghasilkan kuasa maksimum 152kW (204hp) dan tork 302Nm, manakala enjin 1.5 liter menyumbang kuasa 82kW (110hp) serta tork 135Nm.

Google ads
Back to top button