
MG HS DIPERKENALKAN UNTUK PASARAN TEMPATAN: DUA VARIAN, JANA 162PS, HARGA BAWAH RM130K
Selain MG5, MG HS turut diperkenalkan hari ini, ditawarkan dalam dua varian, iaitu MG HS Standard dan MG HS Lux.
SUV ini mempunyai ukuran 4,574mm panjang, 1,876mm lebar, 1,664mm tinggi, dan jarak roda sepanjang 2,720mm.
Empat warna akan ditawarkan iaitu Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl, dan Camden Grey.
Tampil dengan agresif, ia dilengkapi lampu LED bi-fungsi baharu, gril hadapan lebih garang, dan reka bentuk bampar lebih menonjol.

Di bahagian belakang, reka bentuk bampar dengan saluran ekzos berkembar dan lampu belakang LED melengkapkan gaya kontemporari, bersama-sama dengan reka bentuk rim bersaiz 18-inci serta sunroof panoramik.
Di dalam kabin, MG HS menawarkan ruang yang luas dan ciri keselesaan mengagumkan dengan bahan berkualiti tinggi dan sentuhan lembut.
Tempat duduk sukan pertama kali diperkenalkan untuk pemandu dan penumpang hadapan, dengan 64 tema pencahayaan ambien selain, dilengkapi paparan kluster maya 12.3-inci dengan 4 tema paparan, bersama paparan infotainment resolusi tinggi 10.1-inci dengan kamera pandangan 360°, Apple Carplay dan Android Auto.

Untuk pengalaman pemanduan dan ketersambungan lebih baik, MG HS dilengkapi dengan MG iSMART membolehkan pengguna mengawal pelbagai fungsi seperti kunci Bluetooth termasuk, menghidupkan penghawa dingin melalui peranti mudah alih,
Di bahagian belakang, MG HS dilengkapi dengan Power Tailgate dan kapasiti kargo yang besar antara 463L hingga 1,287L dengan tempat duduk belakang dilipat ke bawah.
Selain itu, SUV ini juga dilengkapi dengan pakej ADAS penuh untuk ciri keselamatan dan bantuan pemandu yang lebih canggih, digelar MG PILOT, merangkumi;
- Front Collision Warning
- Adaptive Cruise Control
- Traffic Jam Assistance
- Lane Departure Warning and Prevention
- Lane Keeping Assist
- Blind Spot Detection
- Lane Change Assist
- Rear Cross Traffic Alert
- Door Opening Warning

Dari segi kuasa, ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L Turbocharged dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 162PS dan 250Nm tork.
Beralih pada harga, MG HS varian Standard boleh dimiliki pada harga di bawah RM130,000, manakala varian MG HS Lux pula diberi tanda harga di bawah RM150,000.
SUV MG HS hadir dengan pakej jaminan komprehensif, termasuk 5 tahun dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had (mana-mana yang terdahulu) pada kenderaan, dan 7 tahun dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had (mana-mana yang terdahulu) pada trenkuasa (enjin dan transmisi).
- BACA: MG5 DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – JANA 114PS, HARGA BAWAH RM100K
- BACA: GMC YUKON DENALI – INILAH DEFINISI SEBENAR SUV BERSAIZ PENUH YANG RUGGED
- BACA: CHERY TIGGO 7 SPORT DILANCARKAN SEPTEMBER INI DI CHINA – JANA 194HP, HARGA BERMULA RM61K
- BACA: LEXUS RX 2025 TERIMA KEMASKINI BAHARU – BLACK LINE SPECIAL EDITION, HARGA SEKITAR RM220K