Buletin

MG5 DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – JANA 114PS, HARGA BAWAH RM100K

SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. hari ini secara rasmi memperkenalkan dua model dinamikdalam barisan MG – sedan serba baharu MG5 dan SUV MG HS.

Model-model ini kini dibuka untuk tempahan, menjanjikan pengalaman pemanduan yang unggul bagi pelanggan di Malaysia.

Kedua-dua model bakal dilancarkan pada September atau Oktober ini, manakala penghantaran pula akan bermula Oktober.

Dengan ukuran 4,675mm panjang, 1,842mm lebar, 1,473mm tinggi, dan jarak roda sepanjang 2,680mm, MG5 baharu menawarkan reka bentuk yang menarik dan dimensi kompetitif dalam kelasnya.

Lima warna akan ditawarkan iaitu Nuclear Yellow, Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl dan Camden Grey.

MG5 serba baharu ini datang dengan reka bentuk coupe fastback yang sporty, menampilkan siluet fastback tersendiri, spoiler ducktail, gril hadapan 3D yang agresif, dan dilengkapi sunroof.

Kelengkapan luaran lain termasuklah lampu utama LED automatik dengan DRL dan rim aloi Tomahawk 17-inci.

Di bahagian dalam, MG5 dilengkapi kokpit maya LCD 7-inci sepenuhnya, sistem infotainment terapung 10.25-inci, dan stereng kulit tiga jejari, sokongan Apple CarPlay/Android Auto serta enam pembesar suara.

Dari segi kuasa, ia dijana oleh enjin petrol 1.5L, menghasilkan kuasa 114PS dan 150Nm tork, digabungkan dengan transmisi automatik iCVT 8-kelajuan.

MG5 dilengkapi dengan sistem keselamatan bantuan pemandu MG PILOT yang komprehensif seperti;

  • Front Collision Warning
  • Adaptive Cruise Control
  • Traffic Jam Assistance
  • Lane Departure Warning and Prevention
  • Lane Keeping Assist
  • Blind Spot Detection
  • Lane Change Assist
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Door Opening Warning

Untuk harga pula, MG5 boleh dimiliki pada tanda harga di bawah RM100,000.  

MG5 juga hadir dengan pakej jaminan komprehensif, termasuk 5 tahun dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had (mana-mana yang terdahulu) pada kenderaan, dan 7 tahun dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had (mana-mana yang terdahulu) pada trenkuasa (enjin dan transmisi).  

Anda boleh melihat lebih dekat model ini di bilik-bilik pameran MG:

  • 23 hingga 26 Ogos di Petaling Jaya
  • 30 Ogos hingga 2 September di Puchong
  • 6 hingga 9 September di Klang
  • 13 hingga 17 September di Muar (Johor)
  • 20 hingga 23 September di Melaka.
Google ads
Back to top button